Utusan Borneo (Sabah)

SYABU RM5 JUTA

Kastam turut rampas 4,900 pil ecstasy bernilai RM122,500 serta dadah RM250,000

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas kirakira 105 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan 4,900 pil dipercayai ecstasy bernilai RM5,372,500 dalam tiga serbuan berasingan di sini dan Sandakan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkua­saan) Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata kesemua rampasan dilakukan masing-masing pada 21 dan 27 Februari serta 1 Mac lalu.

“Rampasan pertama dijalankan kira-kira jam 2.15 petang apabila anggota kita menahan seorang lelaki warga asing berumur lingkungan 40-an bersama beberapa kotak di hadapan sebuah premis di Penampang.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat ketulan hablur jernih dipercayai dadah seberat 100 kg yang dianggarka­n bernilai RM5 juta di dalam kotak berkenaan,” katanya semasa sidang media di Menara Kastam Sabah pada Rabu.

Menurutnya modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan memasukkan dadah di dalam botol protein sebelum dikirimkan ke Kota Kinabalu menggunaka­n perkhidmat­an kurier.

“Rampasan kedua pada 27 Februari lalu jam 4.15 petang apabila anggota kita mengesan imej mencurigak­an pada kotak bungkusan di Pejabat Pos Sandakan.

“Anggota kita kemudianny­a menahan seorang lelaki yang menuntut kotak bungkusan terbabit dan apabila diperiksa kita menemukan 4,900 pil dipercayai dadah jenis ecstasy bernilai RM122,500,” katanya.

Abdul Latif berkata rampasan awal bulan ini berjaya dilakukan di Balai Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 8.28 malam.

“Kita menahan seorang wanita yang menaiki penerbanga­n dari Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaa­n terhadap bagasi yang dibawanya menemukan beberapa bungkusan plastik lutsinar mengandung­i hablur jernih dipercayai dadah.

“Dadah seberat 5 kilogram bernilai RM250,000 itu dirampas untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a), 39B(2), dan 39B yang boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatori atau penjara seumur hidup, atau sebatan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.

 ?? Gambar Jabatan Penerangan ?? ANITA (enam kanan) menyerahka­n borang keahlian Warisan kepada Shafie.
Gambar Jabatan Penerangan ANITA (enam kanan) menyerahka­n borang keahlian Warisan kepada Shafie.
 ?? GambarBern­ama ?? ABDUL Latif (tengah) menunjukka­n sebahagian dadah jenis syabu yang dirampas bernilai kira-kira RM5 juta pada 21 Feb lepas ketika sidang media pada Rabu.
GambarBern­ama ABDUL Latif (tengah) menunjukka­n sebahagian dadah jenis syabu yang dirampas bernilai kira-kira RM5 juta pada 21 Feb lepas ketika sidang media pada Rabu.
 ??  ?? SYABU yang disorokkan di dalam botol protein bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
SYABU yang disorokkan di dalam botol protein bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia