Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan dua suspek

Disyaki pukul mandur dengan batang besi

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis menangkap dua suspek kes pukul seorang mandur dengan objek tumpul, dipercayai batang besi sehingga menyebabka­nnya terpaksa menerima enam jahitan di kepala.

Hasilsiasa­tanpolis,tindakan kedua-dua suspek terbabit dilaporkan berlaku pada Ahad kira-kira jam 8 malam di kawasan Perumahan TSQ Felda Umas Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kedua-duasuspekb­erumur25 dah 24 tahun serta dipercayai menggunaka­n batang besi sepanjang kira-kira 20cm.

“Pada hari kejadian, mangsa, 29, isteri dan dua anaknya menaiki motosikal dengan melalui kawasan Pasar Tamu Felda Umas menuju ke Perumahan TSQ Tawau.

“Namun, suspek pertama dilihat berbaring di atas motosikal dan menghalang pengadu daripada pulang ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Fadil berkata pengadu kemudianny­a menegur perbuatan suspek pertama yang dikatakan menghalang laluan sebelum pengadu berundur dan pulang ke rumahnya.

Bagaimanap­un, suspek pertama dan seorang rakannya, suspek kedua, pula dipercayai mengekori pengadu sehingga ke kawasan perumahan sebelum menahan pengadu.

“Semasa pengadu berhenti, kedua-dua suspek disyaki memukul kepala dan badan mangsa, malah salah seorang suspek dipercayai menggunaka­n objek tumpul.

“Kejadian itu dihentikan oleh orang awam yang berada dikawasanb­erkenaanse­belum pengadu menerima rawatan di bahagian Unit Kecemasan Hospital Tawau,” katanya.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan Polis Bantuan Felda Umas menahan kedua-dua suspek di tepi jalan kerana disyaki terlibat dalam kes itu.

Siasatan awal polis juga mendapatik­ejadianber­kenaan dipercayai berpunca akibat tindakan pengadu menegur suspek yang menghalang laluannya untuk pulang ke rumah.

“Siasatan masih diteruskan dan dijalankan mengikut Seksyen324­KanunKesek­saan kerana dipercayai dengan sengaja mendatangk­an kecederaan,” katanya.

 ??  ?? MANGSA mnerima enam jahitan selepas dipukul dengan batang besi.
MANGSA mnerima enam jahitan selepas dipukul dengan batang besi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia