Utusan Borneo (Sabah)

Siasatan barang rampasan 1MDB perlu dilengkapk­an secepat mungkin: KPN

-

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas barang-barang rampasan berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) perlu dilengkapk­an pada atau sebelum 16 Mei ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata ini kerana polis mempunyai tempoh sehingga 16 Mei ini untuk menyimpan barang-barang rampasan itu dan selepas tarikh itu, pihaknya perlu melalui proses tertentu termasuk cadangan daripada pihak mahkamah sebelum boleh meneruskan siasatan dan tindakan.

“Kami ambil maklum mengenai tempoh siasatan itu (barang rampasan 1MDB) dan ia perlu mematuhi proses mahkamah dan perlu melengkapk­annya sebelum atau pada 16 Mei ini.

Selepas daripada tarikh itu, sebarang cadangan akan melalui proses tertentu termasuk dari mahkamah,” katanya pada sidang media sempena majlis penyampaia­n anugerah perkhidmat­an cemerlang di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, Rabu.

Pada Mei tahun lepas, polis merampas beberapa barang dan dokumen dari unit kediaman di Pavilion Residence di sini yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 27 Jun tahun lepas, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata jumlah keseluruha­n nilai barangan dirampas yang dikaitkan dengan Najib ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Ditanya mengenai perkembang­an ahli perniagaan kontrovers­i Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan siasatan 1MDB, Mohamad Fuzi berkata pihaknya telah mengadakan perbincang­an bersama pihak berkuasa China, antaranya untuk memburu Jho Low dan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan itu.

Tanpa mendedahka­n butiran lanjut, beliau berkata polis mempunyai pegawai-pegawai tertentu untuk menyiasat kes berkenaan.

“Ramai pihak yang mengatakan Jho Low berada di China tetapi kami sendiri pun tidak pasti kerana perbincang­an masih berterusan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia