Utusan Borneo (Sabah)

Tamu FKJ asah bakat siswa UMS dalam bidang keusahawan­an

-

KOTA KINABALU: Tamu Fakulti Kejurutera­an (FKJ) anjuran Persatuan Mahasiswa FKJ Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu mengasah bakat siswa-siswi khususnya dari bidang kejurutera­an untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawan­an.

Pengerusi Kelab Keusahawan­an FKJ Dr Razak Mohd Ali Lee berkata, program keusahawan­an merupakan aktiviti yang perlu digalakkan dalam kalangan siswa UMS.

“Penganjura­n Tamu FKJ buat julung kalinya ini diharapkan­dapatmenja­disatu jenama penganjura­n di UMS yang dapat mengetenga­hkan lebih ramai bakat siswa dalam bidang keusahawan­an, yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Harapan saya juga agar lebih banyak penyertaan oleh siswa-siswi khususnya dari FKJ dalam programpro­gram berkaitan bidang keusahawan­an pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada program itu di bangunan FKJ UMS.

Program itu menyaksika­n penyertaan seramai 20 kumpulan pelajar termasuk siswa-siswi dari Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) dan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW), selain pelancaran Kelab Keusahawan­an (E-Marts) yang merupakan satu platform untuk mencungkil bakat siswa-siswi dalam bidang keusahawan­an yang sedia ada.

Hadir sama pada program itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FKJ Dr Mohd Kamel Wan Ibrahim, Pengarah Program Wann Mas Anum, Majlis Perwakilan Pelajar FKJ Idzrul Nabil Luqman dan Presiden Persatuan Mahasiswa FKJ Zachary Zeno.

 ??  ?? RAZAK (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta Tamu FKJ.
RAZAK (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta Tamu FKJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia