Utusan Borneo (Sabah)

Empat PTI bawa kayu bakau ditangkap

Nilai rampasan keseluruha­n berjumlah RM12,555

- Oleh AMIR ANUAR dilakukan di sebuah perahu yang dikendalik­an empat PTI di Sg Merotai Tawau.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menangkap empat pendatang tanpa izin (PTI) yang memuat kayu bakau di Sg Merotai di sini, kira-kira jam 5.40 petang Selasa.

Turut dirampas, 100 batang kayu bakau yang dikesan dibawa oleh kesemua PTI berkenaan tanpa sebarang permit mengeluark­an hasil hutan daripada Jabatan Perhutanan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata PTI yang ditahan terdiri daripada juragan, 35, dan tiga anak

“PTI yang ditahan terdiri daripada juragan, 35, dan tiga anak perahu berumur antara 15 dan 40 tahun. Hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.” ACP MOHAMAD PAJERI ALI Komander PPM Wilayah 4 Sabah

perahu berumur antara 15 dan 40 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliauberk­ataPPMTawa­u juga menangkap seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun dan isterinya, 20, kerana membawa 27 batang bakau tanpa permit.

Menurutnya, nilai rampasan kedua-dua kes itu dianggarka­n berjumlah RM12,555 melibatkan dua perahu, satu enjin sangkut 15 kuasa kuda dan satu gergaji berantai.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63 (tidak memiliki dokumen pengenalan diri).

“Tindakan itu juga dilakukan berdasarka­n Seksyen 30 (1) (g) Enakmen Perhutanan 1963 kerana memiliki barang simpanan barangan hutan tanpa permit,” katanya.

 ??  ?? RAMPASAN
RAMPASAN
 ??  ?? SEBUAH perahu yang dijuragani seorang lelaki tempatan turut ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan membawa hasil hutan tanpa permit.
SEBUAH perahu yang dijuragani seorang lelaki tempatan turut ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan membawa hasil hutan tanpa permit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia