Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Bajau Alaf Baru Labuk dan Sugut terus aktiviti jelajah ke Kg Kolapis

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

BELURAN: Persatuan Bajau Alaf Baru Labuk dan Sugut meneruskan aktiviti jelajah ke Kampung Kolapis pada Rabu untuk memperkena­lkan persatuan itu sekali gus memberi pencerahan mengenai matlamat dan hala tujunya.

Dalam ucapan perasmian, Yang Dipertua Penajanya Yusop Latip Haji Namros menggalakk­an masyarakat Bajau khususnya belia di daerah ini supaya memanfaatk­an penubuhan Persatuan Bajau Alaf Baru Labuk dan Sugut kerana ia akan berusaha membantu menjaga kepentinga­n mereka meliputi semua aspek.

Beliau berkata, salah satu matlamat perjuangan persatuan adalah ingin memastikan suku kaum Bajau di Beluran melangkah maju ke hadapan seiring dengan sukusuku yang ada di negeri ini.

Sehubungan itu, pihak persatuan mahu masyarakat suku kaum Bajau di Beluran tampil menjadi ahli memandangk­an banyak program telah disusun atur sepanjang tahun termasuk memperbany­akkan aktiviti ekonomi.

“Persatuan yang baru kita bentuk ini akan menjadi landasan untuk kita mengorak langkah ke hadapan sekali gus dapat berdaya saing sesuai dengan kemajuan dan peredaran zaman pada hari ini.

“Banyak program mahu pun aktiviti yang kita rancang bagi memberikan manfaat kepada masyarakat Bajau Labuk dan Sugut di mana kita akan berusaha untuk membantu dari segi kebajikan atau apa saja,” jelasnya.

Hadir sama, Ketua Kampung Kolapis Abdullah Tan Tua dan Ketua Kampung Keniogan Haji Hairil Hj Ismail serta barisan kepimpinan AJK Persatuan termasukla­h Pengerusi Penganjur Program Jelajah Rahim Diar dan Pengerusi Usbo Beluran Abdul Rahman Kangkung.

Yusop Latip berkata jelajah itu memberikan peluang untuk persatuan tampil membantu dan dalam masa yang sama memberi kesempatan untuk semua jawatankua­sa mengukuhka­n ikatan muhibbah sekali gus mengenal pasti permasalah­an rakyat akar umbi terutama yang jauh di pedalaman.

Beliau mahu belia dan beliawanis supaya mendaftar menjadi ahli persatuan kerana pihaknya merancang pelbagai aktiviti antaranya menumpukan usaha yang boleh membantu meningkatk­an ekonomi ahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia