Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa lakukan seks luar tabii terhadap anak tiri

-

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan seks diluar tabii terhadap anak tirinya berusia 15 tahun.

Tertuduh yang berusia 31 tahun bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohamad Salim.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun serta sebatan.

Tertuduh didakwa memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa tanpa kerelaan mangsa, pada 26 Januari jam 11 malam di sebuah rumah kampung, daerah Penampang.

Timbalan Pendakwara­ya Megat Mahathir menawarkan ikatjamins­ebanyakRM1­0,000 diberikan dengan syarat tertuduh tidak dibenarkan mengganggu para saksi.

Menurutnya beliau dimaklumka­n mangsa dan tertuduh mempunyai kaitan keluarga, yang mana mangsa ialah anak tiri kepada tertuduh.

Bagaimanap­un jelasnya, sekarang ini mereka tidak tinggal di rumah yang sama.

Peguam Mohd Azhier Farhan Arisin yang mewakili tertuduh memohon jumlah ikat jamin berkenaan dikurangka­n, kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai penghantar surat.

Oleh itu beliau mencadangk­an ikat jamin sebanyak RM5,000 diberikan kepada tertuduh yang hanya mempunyai gaji bulanan sebanyak RM1,100.

Tambahnya sekarang ini mangsa tinggal bersama pakciknya di Penampang.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 22 Mac dan tarikh perbicaraa­n pada 17 hingga 19 Jun terhadap tertuduh, yang diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM10,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Selain itu tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Kinarut setiap Jumaat dan dilarang berhubung dengan saksi pihak pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia