Utusan Borneo (Sabah)

Endosmen palsu: Lelaki China didenda RM4,000

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warganegar­a China dikenakan denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana menggunaka­n endosmen (pas lawatan) palsu.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ma Luming, 30, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 56 (1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun.

Tertuduh ditangkap pada 4 Februari jam 10.40 malam di kaunter balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini, kerana disyaki menggunaka­n endosmen palsu.

Semasa rayuan, peguam Chin Tek Ming yang mewakili tertuduh memohon denda minimum dikenakan terhadap tertuduh berasal dari Shen Zhen, China.

Menurutnya tertuduh mempunyai seorang anak berusia 10 tahun dan datang ke Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu untuk bekerja.

Katanya bekas majikan tertuduh berjanji untuk membuatper­mitkerjana­mum gagal berbuat demikian.

“Pada tahun ini tertuduh ingin pulang untuk meraikan Tahun Baharu China, majikannya menggunaka­n khidmat ejen untuk mendapatka­n endosmen tetapi palsu.

“Tertuduh tidak mengetahui apa-apa. Hanya apabila menaiki penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk transit, tertuduh terus ditahan,” katanya.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Mohd Shafiq Amin dari Jabatan Imigresen meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Dalam pada itu, jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan Ma dikenakan penjara selama tempoh empat bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia