Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit Wad Psikiatri HDOK terima sumbangan Yayasan Datuk Seah Tee Sui

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN:AhliLembag­aPelawat (ALP) Psikiatri menyampaik­an sumbangan daripada Yayasan Datuk Seah Tee Sui kepada pesakit di Wad Psikiatri Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini pada Rabu.

Sumbangan diserahkan kepada Jabatan Psikiatri HDOK berbentuk tilam, bantal dan kerusi pelawat, yang keseluruha­nnya disumbangk­an oleh Yayasan Datuk Seah Tee Sui, diwakili oleh Bendahari Joseph Chin Pui Vun.

Turut hadir menyaksika­n penyerahan sumbangan itu ialah Pengerusi ALP Psikiatri HDOK Dr Henry Ong Ming Leong, Dr Ahmad Faizal Shamsuddin selaku pakar dan Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HDOK serta Pengarah HDOK Dr Francis Paul.

Pakar Psikiatri Dr Ahmad Shahril Ab Halim berkata majlis itu merupakan program yang diadakan secara berkala di peringkat HDOK bagi menyediaka­n persekitar­an selesa dan kondusif kepada pesakit yang mendapat rawatan di Jabatan Psikiatri secara pesakit luar atau pesakit dalam.

Beliau berkata peranan ALP Psikiatri sangat penting dan signifikan dalam hal itu kerana mereka akan berusaha untuk membantu mendapatka­n dana serta

CHIN (tujuh dari kiri) menyerahka­n sumbangan daripada Yayasan Datuk Seah Tee Sui kepada wakil ALP Psikiatri untuk diserahkan kepada Wad Psikiatri HDOK.

sumbangan daripada pelbagai pihak bagi manfaat dan kebajikan pesakit psikiatri.

“Begitu juga dengan peranan orang perseorang­an dan badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh menyumbang sebarang bentuk bantuan kepada Jabatan Psikiatri bagi membantu proses pemulihan pesakit, khususnya dalam aspek rehabilita­si pesakit.

“Kesemua pihak ini bertindak sebagai pembela (advocator) bagi pihak pesakit-pesakit psikiatri,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Wad Psikiatri HDOK di sini pada Rabu.

Katanya pesakit yang menghidap sebarang penyakit berkaitan psikiatri memerlukan bantuan semua pihak untuk pulih kembali. Mereka bukan sahaja berharap untuk bebas daripada gejala (simptom) penyakit, malah untuk kembali berfungsi dalam masyarakat.

Ahmad Shahril menjelaska­n antara program yang telah dirangka dan ditawarkan di HDOK bagi membantu proses itu ialah ‘Supported Employment’ (bantuan kembali bekerja) yang dikendali oleh pasukan khusus, di mana pesakit yang berminat akan ditawarkan pekerjaan yang bersesuaia­n jika ada kekosongan dan dibantu sepanjang proses bekerja itu.

“Hal ini akan lebih berjaya jika terdapat majikan yang prihatin dan sanggup membantu pesakitpes­akit ini dengan mengambil mereka sebagai pekerja di tempat mereka. Begitu juga dengan program rehabilita­si pesakit seperti pertanian dan tanaman hidrofonik yang akan dirangka bagi membantu proses pemulihan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap majlis itu dapat menjadi momentum agar lebih banyak inisiatif daripada semua pihak dalam membantu meningkatk­an kualiti pengurusan perkhidmat­an psikiatri di HDOK, di samping mendidik masyarakat mengenai peranan mereka membantu pemulihan pesakit psikiatri secara holistik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia