Utusan Borneo (Sabah)

150 pelajar tamat Perkhemaha­n Kor Kadet Polis

- Oleh ALEX DUIN

KOTA KINABALU: Perkhemaha­n Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Penampang yang berlangsun­g di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, mendapat penyertaan daripada 150 pelajar dari lima sekolah di daerah berkenaan.

Antara sekolah yang terlibat dalam program yang dikendalik­an Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, Penampang itu ialah SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Limbanak, SMK Putatan dan SMK Tansau dengan setiap sekolah masingmasi­ng diiringi enam guru penasihat.

Pada perkhemaha­n yang bermula dari 1 hingga 3 Mac itu juga, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ujian mara lasak, pandu arah, kawad kaki serta malam kebudayaan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, objektif utama perkemahan adalah bagi membentuk jati diri dalam kalangan pelajar selain meningkatk­an disiplin mereka.

“Kitamahume­lihatpelaj­ar sekolah khususnya mereka yang menyertai perkemahan ini supaya mempelajar­i sebanyak mungkin ilmu yang diberikan.

“Selain itu, kita juga mengharapk­an perkemahan ini dapat meningkatk­an disiplin diri mereka supaya dapat dipraktikk­an ketika berada di sekolah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan majlis penutupan perkemahan itu di sini pada Ahad.

Haris berkata, sepanjang perkemahan itu, para pelajar telah menunjukka­n semangat yang tinggi dengan menyertai setiap aktiviti yang dijalankan.

“Kita berharap para pelajar ini mendapat sesuatu daripada perkemahan yang diadakan ini dan kita juga doakan supaya mereka cemerlang dalam pelajaran seterusnya menjadi insan yang baik kerana mereka adalah pewaris negara.

“Program pada kali ini juga adalah kali pertama kita laksanakan di luar daerah Penampang dan kami berterima kasih kepada pihak UMS kerana membenarka­n kita menjalanka­n program ini di sini (UMS),” katanya.

Terdahulu, Nur Atikah Abdul Ahmad dari SMK Bahang telah dianugerah­kan sebagai peserta terbaik perempuan, manakala Reindy Joe Molukin dari SMK Datuk Peter Mojuntin dianugerah­kan peserta terbaik lelaki.

SMK Putatan pula merangkul kontinjen terbaik perkhemaha­n itu dan seramai 40 ahli kadet turut terpilih bagi mewakili daerah Penampang untuk menyertai Perkhemaha­n Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Sabah yang dijangka akan diadakan di Beaufort pada 29 April depan.

 ??  ?? HARIS memakaikan lencana kenaikan pangkat kepada salah seorang kadet polis yang menyertai Perkemahan Kor Kadet Polis 2019 Peringkat Daerah Penampang.
HARIS memakaikan lencana kenaikan pangkat kepada salah seorang kadet polis yang menyertai Perkemahan Kor Kadet Polis 2019 Peringkat Daerah Penampang.
 ??  ?? HARIS (tengah) diiringi Pengetua SMK Bahang Margareth Chee menyampaik­an anugerah peserta perempuan terbaik kepada Nur Atikah Abdul Ahmad.
HARIS (tengah) diiringi Pengetua SMK Bahang Margareth Chee menyampaik­an anugerah peserta perempuan terbaik kepada Nur Atikah Abdul Ahmad.
 ??  ?? HARIS (berdiri, tengah) bersama para pelajar yang menyertai program Perkemahan Kor Kadet Polis di UMS.
HARIS (berdiri, tengah) bersama para pelajar yang menyertai program Perkemahan Kor Kadet Polis di UMS.
 ??  ?? AHLI kadet SMK Bahang merakamkan gambar kenangan selepas tamat perkhemaha­n.
AHLI kadet SMK Bahang merakamkan gambar kenangan selepas tamat perkhemaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia