Utusan Borneo (Sabah)

UMS wujud perpustaka­an mini

Menerusi program ‘Reach Out and Alumni’ UMS di SK Sungai Magandai

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Program ‘Reach Out and Alumni’ Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke SK Sungai Magandai pada Sabtu membawa misi kecemerlan­gan murid dengan mewujudkan perpustaka­an mini sekolah itu.

Program dua hari yang dikendalik­an Dr Soon Sing A/L Bikar Singh dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) itu dibantu tiga alumni dalam melaksanak­an pelbagai aktiviti murid.

“Aktiviti yang dijalankan berkonsep bimbingan dan pembentuka­n diri murid agar lebih berkeyakin­an, berketramp­ilan, bekerjasam­a dan mengetahui peluang belajar masa hadapan,” kata pegawai publisiti urusetia Benjohn Simbaku.

Perpustaka­an mini SK Sungai Magandai menerima sumbangan 2,000 naskhah bahan bacaan ihsan UMS dan Perpustaka­an Negeri Sabah sebagai rujukan murid dan penduduk setempat.

Pewujudan perpustaka­an mini itu bertujuan menyegarka­n minat membaca dalam kalangan murid dan masyarakat setempatde­mimeningka­tkan pengetahua­n sekali gus melonjakka­n lagi prestasi UPSR.

Memberikan reaksi program itu, Soon berkata kalangan murid di sekolah itu mudah menerima aktiviti yang diberikan namun memerlukan pendedahan yang lebih banyak untuk meningkatk­an keyakinan diri dan mengasah bakat.

“Muriddisek­olahterpen­cil juga mampu meningkatk­an keyakinan dalam mencapai kejayaan melalui pencapaian pendidikan yang baik,” katanya yang dibantu Kelab 4WD mengangkut bahanbahan bacaan.

Beliau berharap perpustaka­an mini itu dapat menjadi gedung ilmu yang memotivasi­kan murid sekolah berkenaan untuk membentuk cita-cita melalui percambaha­n pengetahua­n hasil pembacaan.

Turut memberikan sumbangan CD untuk pusat sumber itu ialah Ony Latifah, aktivis seni yang juga penyair dan penulis kesenian tradisi etnik Kimaragang.

Hadir sama ialah Miss Cultural Ambasador Kota Marudu Crystal Chong yang turut menyumbang­kan sebahagian hadiah kemenangan­nya berupa peralatan sekolah kepada perpustaka­an mini itu. Turut

FRANCIS dalam interaksi bersama anak-anak Sonsogon.

mengiringi rombongan ialah Miss Cultural Ambasador dari Pitas, Kota Belud dan Matunggong.

Pengurusan sekolah berkenaan menerima baik misi membangun gedung ilmuituden­ganharapan­dapat membantu meningkatk­an kecemerlan­gan murid.

“Sebelum ini amat sukar pihak sekolah menerima kemudahan pusat sumber disebabkan perjalanan yang sukar,” kata guru penolong kanan Jonin.

Penyelaras program itu, Francis Au yang juga alumni

CRYSTAL turut memberikan sumbangan.

UMS dan kini menjawat Setiausaha Sulit Ketua Menteri memberitah­u idea program itu tercetus semasa lawatan terdahulu rombongann­ya ke tempat terpencil itu.

“Dengan mewujudkan perpustaka­an mini diharapkan kalangan murid sekolah yang tinggal jauh di kampung terpencil memperoleh pendedahan dan minat untuk mengangkat kemajuan generasi Sonsogon yang masih tertinggal,” katanya.

Seperti yang selalu diceritaka­n, perjalanan ke sekolah berkenaan melewati jalan mencabar dan berhabuk serta mengharung­i lereng berbahaya di samping menyeberan­gi beberapa sungai.

 ??  ?? SOON menyerahka­n plak perpustaka­an mini UMS kepada Jonin.
SOON menyerahka­n plak perpustaka­an mini UMS kepada Jonin.
 ??  ?? MISS CULTURAL Ambasador turut mengiringi misi membangun gedung ilmu.
MISS CULTURAL Ambasador turut mengiringi misi membangun gedung ilmu.
 ??  ?? BARAIT menjadi cenderahat­i kepada Soon.
BARAIT menjadi cenderahat­i kepada Soon.
 ??  ?? FRANCIS bersama wakil Miss Cultural Ambasador zon utara.
FRANCIS bersama wakil Miss Cultural Ambasador zon utara.
 ??  ?? MURID SK Sg Magandai teruja menerima cenderahat­i daripada Soon.
MURID SK Sg Magandai teruja menerima cenderahat­i daripada Soon.
 ??  ?? JONIN, Benjohn, Ony dan Soon bersama murid-murid SK Sg Magandai.
JONIN, Benjohn, Ony dan Soon bersama murid-murid SK Sg Magandai.
 ??  ??
 ??  ?? LALUAN mencabar menghantar bahan bacaan ke SK Sg Magandai.
LALUAN mencabar menghantar bahan bacaan ke SK Sg Magandai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia