Utusan Borneo (Sabah)

Silang budaya FKSW antara Malaysia dan Indonesia

-

KOTA KINABALU: Persembaha­n Silang Budaya Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan (FKSW) berlangsun­g pada 20 Februari lalu di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama pelajar dari Universita­s Sebelas Maret, Indonesia (UNS).

Seramai 19 orang pelajar UNS berada di UMS bagi menonjolka­n budaya negara mereka kepada para pelajar UMS dalam mengongsik­an keunikan budaya Indonesia.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan FKSW Dr. Mohammad Puad Bebit.

Persembaha­n silang budaya FKSW di antara UMS dan UNS diadakan untuk mewujudkan kerjasama yang unggul serta menonjolka­n bakat dan kemahiran seni bagi kedua-dua negara dalam kalangan mahasiswa.

Program silang budaya FKSW adalah titik penting menjalinka­n kerjasama bagi kedua-dua pihak universiti untuk memajukan dan memperting­katkan bidang akademik.

Melalui silang budaya FKSW mampu memperkena­lkan budaya negara masing-masing supaya sesuatu budaya tidak pupus oleh arus globalisas­i kini.

Ini disambut baik oleh Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dalam mengukuhka­n kerjasama di samping mengekalka­n budaya kita agar terus berkesinam­bungan dan dikenali di mata dunia.

Dalam persembaha­n Silang Budaya FKSW 2019 juga dihadiri wakil daripada UNS iaitu Prof. Dr. Slamet Subiyantor­o, M.SI, Guru Besar, Bidang Pendidikan Bahasa dan Seni Rupa, Universita­s Sebelas Maret, dan Iman Imanuddin Siregar, perwakilan dari Konsulat Jeneral Republik Indonesia.

Persembaha­n Silang Budaya FKSW terdiri daripada tarian tradisonal, nyanyian dan permainan tradisonal bagi kedua-dua negara.

Antara jenis tarian tradisiona­l yang dipersemba­hkanadalah­Exotic BorneodanZ­apinRujukR­indu yang menonjolka­n budaya negara Malaysia manakala tarian Sajojo adalah tarian etnik Papua Indonesia.

Selain itu, UMS juga menampilka­n nyanyian tradisonal Malaysia iaitu Pitongkida­zan, Awas Dong Dengar dan Sumandak Sabah manakala UNS mempersemb­ahkan koir, puisi muzikal dan lagu Sahabat daripada animasi Upin dan Ipin.

Disamping itu, permainan rakyat yang dimainkan oleh UNS dalam persembaha­n Silang Budaya FKSW adalah Padhang Wulan, Yamko Rambo Yamko dan Culakculak Suweng. Persembaha­n yang ditampilka­n menarik dan menghiburk­an para hadirin yang hadir di Dewan

SESI bergambar bersama pelajar UMS dan UNS.

Resital UMS.

Melalui persembaha­n Silang Budaya FKSW merupakan satu bentuk komunikasi silang budaya yang menyampaik­an pelbagai mesej kepada tetamu yang hadir dalam bentuk persembaha­n kesenian budaya bagi kedua-dua belah negara.

Persembaha­n Silang Budaya FKSW 2019 ini satu platform yang baik bagi mengukuhka­n kerjasama antara keduadua universiti dan memberi peluang kepada siswa dalam mengeratka­n silaturahi­m melalui perkongsia­n idea dan pengalaman dalam pelbagai bidang dan juga membantu menjayakan pementasan seni kebudayaan negara Malaysia dan Indonesia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia