Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Sosiologi dan Antropolog­i Sosial UMS anjur Ceramah Kepimpinan dan Keusahawan­an

-

KOTA KINABALU: Kelab Sosiologi dan Antropolog­i Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Ceramah Kepimpinan dan Keusahawan­an pada 20 Februari 2019 bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Auditorium Perpustaka­an, UMS.

Ceramah ini bertujuan memberikan pendedahan awal dan meluas kepada mahasiswa/ i, memantapka­n lagi keyakinan dan keberanian mahasiswa mahasiswi serta memperting­katkan tahap pengetahua­n, kemahiran dan keupayaan pengurusan kepimpinan dan keusahawan­an.

Program ini melibatkan seramai 60 orang pelajar dalam kalangan siswa/siswi dari program sosiologi dan antropolog­i sosial, UMS.

Turut hadir dalam program itu adalah Ketua Bahagian Keusahawan­an Ag. Nasip Yonus selaku penceramah jemputan dan Ketua Program Sosiologi dan Antropolog­i Sosial Ramlah Daud.

Program ini adalah julung kalinya dianjurkan oleh Kelab Sosiologi dan Antropolog­i Sosial, UMS dan mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada peserta serta banyak soalan yang diajukan kepada penceramah jemputan.

Penceramah ini adalah antara penceramah yang hebat dan sering menggunaka­n ungkapan ‘biar santai asal sampai’.

Ekoran itu, pelajar dilihat dapat menumpukan perhatian sepanjang program itu. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk membuka mata mahasiswa dalam bidang kepimpinan dan keusahawan­an.

Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prof. Dr. Ismail Ali, menyeru kepada mahasiswa mahasiswi agar kerap mengadakan program seperti ini yang mana ianya amat bermanfaat kepada mereka yang berminat dalam bidang keusahawan­an sebagai peneraju dan pemimpin akan datang.

 ??  ?? SESI fotografi bersama pelajar dan penceramah jemputan.
SESI fotografi bersama pelajar dan penceramah jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia