Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Bola Tampar Piala Tun Mustapha UMS 2019

-

KOTA KINABALU: Exco Sukan dan Rekreasi Kolej Kediaman Tun Mustapha Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pusat Sukan UMS mengadakan Program Pertanding­an Bola Tampar Piala Tun Mustapha UMS 2019 pada 2 dan 3 Mac 2019 bertempat di Gelanggang Arena Bola Tampar, UMS.

Program yang bertemakan ‘Teamwork Divides The Task and Multiplies The Success’ ini dianjurkan bertujuan melahirkan mahasiswa UMS yang berkeboleh­an dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.

Pada masa yang sama, mahasiswa juga didedahkan dengan cara penganjura­n sesuatu program. Dengan adanya program seperti ini, masyarakat yang cergas dan berminda cerdas juga dapat dibentuk.

Program ini dilaksanak­an bukan hanya kepada mahasiswa UMS sahaja namun juga terbuka untuk orang awam. Seramai 150 orang peserta terlibat dalam program ini iaitu sebanyak empat pasukan terdiri daripada mahasiswa UMS dan sembilan peserta adalah daripada orang awam.

Program ini dimeriahka­n dengan kesungguha­n para pemain yang tidak berputus asa dan pasukan yang terdiri dalam kalangan mahasiswa UMS juga memberikan saingan yang hebat pada pasukan awam.

Hal ini secara tidak langsung telah mencapai objektif utama program dilaksanak­an iaitu mencungkil bakat mahasiswa UMS dan melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dalam sukan bola tampar.

Program ini berjalan dengan lancar hasil daripada komitmen serta kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

Tempat pertama bagi Pertanding­an Bola Tampar Piala Tun Mustapha UMS 2019 disandang oleh pasukan ILPKK dan tempat kedua pula disandang oleh Panji Junior seterusnya tempat ketiga pula disandang oleh pasukan daripada pasukan UMS iaitu Pasukan Kolej Kediaman Tun Fuad.

Program ini secara keseluruha­nnya dilihat mendapat sambutan dan maklum balas yang memberangs­angkan dan dengan harapan dapat dilaksanak­an setiap tahun untuk mencungkil bakat dalam kalangan peserta serta membentuk masyarakat yang sihat, bersatu padu dan seimbang dari pelbagai aspek.

 ??  ?? MAJLIS penutupan Pertanding­an Bola Tampar Kolej Kediaman Tun Mustapha 2019.
MAJLIS penutupan Pertanding­an Bola Tampar Kolej Kediaman Tun Mustapha 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia