Utusan Borneo (Sabah)

Membentuk perkongsia­n ilmu

SISC+ Labuan, SISC+ Terengganu jalin permuafaka­tan

- PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu & WP Labuan bersama Pengetua Dona Undoh (empat kiri), pentadbir dan guru-guru di SM St Anthony.

LABUAN: Seramai lapan Pembimbing Pakar Rakan Peningkata­n Sekolah (SISC+) dari Jabatan Pendidikan Terengganu telah berkunjung ke Wilayah Persekutua­n Labuan bagi melaksanak­an Program Jalinan Pintar Pegawai SISC+ Negeri Terengganu dan Pegawai SISC+ WP Labuan: ‘A Focussed Conversati­on’.

Program Jalinan Pintar PegawaiSIS­C+itumerupak­an yang julung kalinya diadakan di sini sebagai satu bentuk perkongsia­n ilmu melalui kerjasama, kolaborasi dan permuafaka­tan antara SISC+ Terengganu dan SISC+ WP Labuan.

Rombongan SISC+ Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Rohaida Ngah itu telah dibawa melawat ke empat sekolah di wilayah ini dengan diiringi oleh pegawaipeg­awai SISC+ Labuan.

GURU Besar SK Bebuloh Haji Adam (kiri), pentadbir dan guru-guru bersama pegawai-pegawai SISC+ Negeri Terengganu.

Sekolah-sekolah yang dilawati adalah SKK St Anne bagi melihat pelaksanaa­n Pentaksira­n Bilik Darjah, SM St Anthony bagi melihat pelaksanaa­n ‘Highly Immersive Programme’ atau HIP, SMK Pantai bagi melihat pelaksanaa­n ‘The IB Middle Years Programme’ dan SK Bebuloh bagi melihat pelaksanaa­n Program TS25 Kohort 3.

Dalam program itu juga, sebanyak tujuh kertas kajian dan amalan terbaik SISC+ Negeri Terengganu dan WP Labuan telah dikongsika­n kepada semua rakan SISC+.

Sesiperkon­gsiandimul­akan dengan pembentang­an inovasi ‘R Pengiran M’ oleh Pangiran Kadir Pangiran Budin (SISC+ WP Labuan), diikuti oleh Rohaida Ngah (SISC+ Terengganu) yang membentang­kan kajian bertajuk ‘Inspiring Students To Write Through Drawing’.

Sementara, Hajah Siti Zahara Mohamad (SISC+ WP Labuan) membentang­kan kajian bertajuk Keberkesan­an Tingkap Sintaksis Dalam Pembelajar­an Bahasa Melayu dan Siti Nurbaya Zakaria (SISC+ Terengganu) membentang­kan amalan terbaiknya bertajuk ‘School Support System Through PLC’.

Sesi Perkongsia­n Amalan Terbaik antara SISC+ itu diteruskan lagi dengan perkongsia­n daripada Arni Samiraty Abdol Samat (SISC+ WP Labuan) yang membentang­kan amalan terbaiknya bertajuk ‘HI 5G2’, Azimah Dollah (SISC+ Terengganu) membentang­kan amalan terbaiknya bertajuk Model PAU: Penyelaras­an Aspirasi Unik dan Asy Assuara Razak (SISC+ Terengganu) membentang­kan amalan terbaiknya bertajuk SKPMg2: An Explanatio­n Through Video.

Sesi Perkongsia­n Amalan Terbaik Antara SISC+ itu telah dilaksanak­an di Bilik Mesyuarat Botanikal, Jabatan Pendidikan Negeri Labuan di Bangunan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Selain itu, rombongan SISC+ Jabatan Pendidikan Terengganu turut berpeluang mengikuti Bengkel Merancang dan Melaksanak­an Kajian Tindakan Dengan Menggunaka­n Borang Inovasi ’12 Langkah’ yang disampaika­n oleh Suriani Alland Rice Oxley (SISC+ WP Labuan) di BTPN anjuran Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Labuan.

Bengkel Kajian Tindakan itu turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Labuan serta barisan kepimpinan atasan dan pertengaha­n sekolah.

Menurut Ketua Rombongan SISC+ Negeri Terengganu, Rohaida Ngah, lawatan itu merupakan satu program perkongsia­n yang telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

Katanya, semua rakan SISC+ yang terlibat telah menunjukka­n komitmen yang tinggi dan melaluinya, Tahap Profesiona­lisme SISC+ itu telah dapat ditingkatk­an.

Di akhir lawatan, peserta rombongan turut berkesempa­tan melawat pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Labuan, pejabat Sektor Pengurusan Akademik, pejabat SISC+ dan beberapa tempat yang menarik di pulau bebas cukai ini.

Peserta rombongan tidak ketinggala­n menikmati hidangan makan malam ‘ambuyat’ di Homestay Kampung Patau-Patau Dua.

 ??  ?? PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu & WP Labuan bersama barisan pentadbir dan guru-guru di SMK Pantai IB World School.
PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu & WP Labuan bersama barisan pentadbir dan guru-guru di SMK Pantai IB World School.
 ??  ?? PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu dan WP Labuan menikmati ambuyat di Homestay Kg Patau-Patau Dua.
PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu dan WP Labuan menikmati ambuyat di Homestay Kg Patau-Patau Dua.
 ??  ?? PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu dan WP Labuan bergambar di pejabat SISC+ WP Labuan di Bukit Kalam.
PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu dan WP Labuan bergambar di pejabat SISC+ WP Labuan di Bukit Kalam.
 ??  ?? PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu dan Labuan bersama guru besar (empat kanan), pentadbir dan guruguru di SKK St Anne.
PEGAWAI-pegawai SISC+ Negeri Terengganu dan Labuan bersama guru besar (empat kanan), pentadbir dan guruguru di SKK St Anne.
 ??  ?? PANGIRAN Kadir menyampaik­an cendera kenangan kepada Rohaida yang mengadakan kunjungan ke Jabatan Pendidikan Labuan.
PANGIRAN Kadir menyampaik­an cendera kenangan kepada Rohaida yang mengadakan kunjungan ke Jabatan Pendidikan Labuan.
 ??  ?? PEGAWAI SISC Terengganu sertai Bengkel di BTPN Labuan.
PEGAWAI SISC Terengganu sertai Bengkel di BTPN Labuan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia