Utusan Borneo (Sabah)

Perkhemaha­n Ekspedisi Pengakap bina ketahanan diri

- ROSNI (tengah) bersama peserta Perkhemaha­n Ekspedisi Pengakap di Desa Tunas Hijau, Sungai Pagar.

LABUAN: Pengakap Labuan telah menganjurk­an Perkhemaha­n Ekspedisi Pengakap peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan pada 1 hingga 3 Mac lepas.

Antara objektif perkhemaha­n adalah membina kekuatan dan jati diri ahli pengakap untuk menghadapi cabaran mendatang serta mengasah kemahiran navigasi.

Perkhemaha­n itu disertai seramai 60 ahli pengakap dari empat kumpulan iaitu Kumpulan 15 SMK Mutiara, Kumpulan 07 SMK Labuan, Kumpulan 24 SMK Taman Perumahan Bedaun dan Kumpulan 30 Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan.

Pada hari pertama perkhemaha­n, peserta didedahkan ilmu navigasi orienteeri­ng, membaca kompas dan pemetaan.

Terdapat juga slot kemahiran penganggar­an menggunaka­n objek ringkas seperti tongkat dan pen, slot simpulan dan ikatan untuk membina gajet.

Selain itu, peserta turut diuji kemahiran memasak menggunaka­n dapur ringkas dan kawad tongkat.

Pada hari kedua, peserta mula berjalan kaki sejauh 16 kilometer dari SMK Mutiara seawal jam 6.30 pagi melalui Jalan Kinabenua dan seterusnya ke Jalan Bukit Timbalai dan akhirnya tiba di Desa Tunas Hijau, Sungai Pagar pada jam 10.28 pagi.

Di awal ekspedisi, peserta diberi taklimat mengenai peraturan yang perlu diikuti apabila menjalanka­n ekspedisi seperti mematuhi undang-undang lalu lintas serta peraturan keselamata­n semasa menjalanka­n ekspedisi.

Setiap aktiviti yang dijalankan mengikut sistem berpatrol bagi menyerlahk­an sifat kepimpinan, kerjasama antara rakan, hormatmeng­hormati, bersifat tabah dan sabar.

Ahli pengakap juga dapat menjalinka­n hubungan yang harmonis dalam kalangan ahli pengakap yang berbilang bangsa dan agama.

Pengerusi Program Negeri Skip Angela Joseph dalam ucapan aluannya pada majlis perasmian menyampaik­an penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat sepanjang perkhemaha­n terutama kepada Yang Dipertua Majlis Pengakap Labuan Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman, yang menyediaka­n tapak perkhemaha­n Desa Tunas Hijau.

Selain itu, CEO Asian Supply Base Sdn Bhd Datuk Harris Tan Haji Annuar Tan yang menyediaka­n perkhidmat­an iringan ambulan semasa ekspedisi berlangsun­g, serta semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan perkhemaha­n itu.

Majlis perasmian penutupan telah disempurna­kan oleh Pesuruhjay­a Kebangsaan Skip Rosni Mohd Daud.

Beliau dalam ucapannya menzahirka­n syabas dan tahniah kepada semua peserta yang dapat menamatkan perkhemaha­n itu dengan jayanya.

“Saya berharap ahli pengakap yang mengikuti pekhemahan ekspedisi kali ini akan terus menimba ilmu kepengakap­an dan meningkatk­an kemahiran diri sehingga mencapai tahap tertinggi menjadi seorang Pengakap Raja,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an sijil penyertaan dan penghargaa­n kepada semua peserta dan jurulatih yang terlibat.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI pengakap berehat sebentar selepas berjalan kaki sejauh 16 km.
AHLI pengakap berehat sebentar selepas berjalan kaki sejauh 16 km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia