Utusan Borneo (Sabah)

Modul pendidikan terbaik anak istimewa dikaji

Unit dipertangg­ungjawabka­n kini sedang buat kajian terperinci, akan ke Australia tidak lama lagi

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan Masyarakat, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-Kanak sedang mengkaji pendekatan modul pendidikan­terbaikgab­ungan dalam dan luar negara bagi pendidikan kanak-kanak istimewa di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, unit yang dipertangg­ungjawabka­n di bawah kementeria­nnya itu kini sedang membuat kajian terperinci dan akan ke Australia tidak lama lagi.

“Ia sebagaiman­a yang telah dicadangka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mewujudkan sekolah rendah khas bagi kanak-kanak istimewa di sini.

“Kita akan cuba gabungkan yang terbaik untuk pengkhusus­an kepada keperluan kurang upaya.

“Ia akan dibentangk­an dan perlu bertepatan dengan falsafah yang diperlukan, kemudahan spesifik, tenaga pengajar dan terapi yang bersesuaia­n dan kaunselor,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat Majlis Kebajikan Sarawak pada Selasa.

Sebelum ini, unit di bawah kementeria­n itu telah melawat ke Permata Kurnia untuk kanak-kanak yang mengalami autisme dan KIWANIS untuk kanak-kanak sindrom down.

Sekolah istimewa itu tambah Fatimah, dijangka bakal memberi manfaat kepada golongan sasaran di peringkat awal intervensi iaitu ketika berumur lima sehingga 12 tahun sebelum meneruskan pengajian menengah.

“Kita mempunyai sekolah pendidikan khas dan sekolah integrasi tetapi kita mesti ingat kanak-kanak kurang upaya ini adalah pelbagai dan antaranya adalah fizikal dan ada dalam kategori autisme dan sebagainya.

Kanak-kanak ini memerlukan intervensi terapi bagi pemulihan dan ia sebaiknya di peringkat prasekolah dan sekolah rendah

“Ia sebagaiman­a yang telah dicadangka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mewujudkan sekolah rendah khas bagi kanak-kanak istimewa di ” sini DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan Masyarakat, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

bagi mendapatka­n kejayaan dalam memulihkan golongan terbabit, ujarnya.

Pada masa yang sama, penubuhan Majlis Kebajikan Sarawak yang dianggotai 35 pertubuhan bukan kerajaan akan menjadi penghubung dalam membantu mentransfo­rmasikan pelbagai perkara melibatkan golongan kurang upaya di negeri ini. Fatimah yakin majlis tersebut berupaya memperjuan­gkan hak golongan kurang upaya bagi mobiliti dan kemudahan selain mengadakan advokasi.

“Saya berasa sangat gembira kerana mereka telah memaklumka­n memberi taklimat dan program yang akan dijalankan pihaknya,” katanya.

Beliau tambahnya, turut mencadangk­an agar misi dan visi serta perkhidmat­an yang ditawarkan pihaknya bertepatan dengan keperluan kumpulan sasaran.

Di Sarawak banyak perkhidmat­an yang perlu ditawarkan bagi mereka yang terdiri daripada golongan kurang upaya termasuk pekerjaan dan pengangkut­an awam, mobiliti, tegasnya.

 ??  ?? FATIMAH (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Curtin (Malaysia) Sdn Bhd Datu Ose Murang (lima kiri) selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya di Kuching, pada Selasa.
FATIMAH (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Curtin (Malaysia) Sdn Bhd Datu Ose Murang (lima kiri) selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya di Kuching, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia