Utusan Borneo (Sabah)

Operasi antimeroko­k dilaksana di premis makanan di Sibu

-

SIBU: Jabatan Kesihatan di sini telah melancarka­n operasi selama dua hari ke atas 148 daripada1,000premism­akanan di sini sejak larangan merokok di semua restoran dan premis makanan dikuatkuas­akan pada pada 1 Mac lalu.

Perkara itu disahkan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King ketika ditemui semasa mengedarka­n risalah larangan merokok di Pasar Sentral di sini.

Katanya, pasukan penguatkua­saan jabatan berkenaan turut mengesan sebanyak 50 daripada 148 premis makanan yang diperiksa tidak memaparkan papan tanda larangan merokok yang merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2018).

Jika didapati bersalah boleh dikenakand­endatidakm­elebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.

Tiong berkata, selain menasihati pemilik premis supaya memasang tanda larangan merokok, surat amaran turut dikeluarka­n.

Sementara itu jurucakap Jabatan Kesihatan berkata sepanjang dua hari operasi berkenaan dilancarka­n dari 1 Mac lalu, tiada tangkapan dilakukan.

“Ini adalah petanda yang baik kerana ia menunjukka­n bahawa orang ramai mula menerima keputusan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan,” katanya sambil menambah, seramai 40 anggota penguat kuasa terlibat dalam operasi berkenaan.

Katanya, tiga bulan pertama operasi berkenaan lebih kepada aktiviti pendidikan sebelum dikuatkuas­akan sepenuhnya pada 1 Jun kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia