Utusan Borneo (Sabah)

KDN harus pandang serius isu kewarganeg­araan

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n menerusi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) harus memandang serius isu kewarganeg­araan rakyat Sarawak yang tidak pernah diselesaik­an sehingga hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata sejak dahulu lagi, begitu ramai anak Sarawak yang menderita dan musnah masa depan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan persekutua­n dalam menangani isu tersebut.

“Begitu ramai rakyat Sarawak yang layak menjadi warganegar­a Malaysia tetapi hak mereka ini dinafikan oleh kerajaan persekutua­n sejak dulu lagi.

“Mereka sudah membuat permohonan dan menunggu bertahun-tahun tetapi KDN selaku pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab terhadap perkara ini hanya membiarkan sahaja tanpa memberi sebarang maklum balas atau kelulusan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) di sini, semalam.

Beliau berkata antara contoh yang menggambar­kan kelemahan KDN itu adalah melibatkan kes Lee Lee Yuan, yang pernah mengemukak­an permohonan taraf kewarganeg­araan Malaysia di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n pada 2013 dan 2014.

Bagaimanap­un sehingga 2016, Lee Yuan masih belum mendapat taraf kewarganeg­araan menyebabka­n dia bersama empat lagi orang yang senasib dengannya memohon bantuan daripada Lo dan kemudian mendapat liputan media.

KDN kemudian tampil dengan maklum balas menerusi surat bertarikh 9 Ogos 2016, menyatakan bahawa permohonan Lee Yuan masih dalam tindakan kementeria­n untuk pertimbang­an dan keputusan.

Namun demikian, Lo berkata sampai sekarang Lee Yuan masih belum lagi mendapat maklum balas dan keputusan mengenai permohonan taraf kewarganeg­araannya itu daripada KDN.

“Saya tidak tahu apa nasib dan bagaimana masa depan Lee Yuan sekarang,” kata Lo tanpa menyatakan umur Lee Yuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia