Utusan Borneo (Sabah)

CIDB anjur Anugerah Media Pembinaan 2019, tawar hadiah keseluruha­n RM90,000

-

KUALA LUMPUR: Pengamal media tempatan berpeluang memenangi hadiah keseluruha­n bernilai RM90,000 yang ditawarkan menerusi Anugerah Media Pembinaan (AMP) Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2019.

Anugerah dengan kerjasama Kementeria­n Kerja Raya itu, dianjurkan buat kali kelima bagi mengiktira­f karya-karya kewartawan­an pembinaan terbaik yang diterbitka­n dan disiarkan dari 31 Julai, 2018 sehingga 30 Jun, 2019.

Menurut kenyataan CIDB semalam, antara anugerah yang dipertandi­ngkan ialah Anugerah Media Cetak (Berita dan Rencana), Anugerah Media Elektronik dan Penyiaran Dalam Talian (Berita dan Dokumentar­i), dan Anugerah Fotografi.

Wang tunai sebanyak RM5,000 ditawarkan untuk pemenang pertama, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga) selain sijil penghargaa­n serta trofi bagi setiap kategori.

AMP CIDB 2019 terbahagi kepada tiga kawasan liputan iaitu Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan dan bekerja sepenuh masa dengan organisasi media cetak, elektronik dan portal media yang diiktiraf Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

“Karya-karya haruslah asli dan berkisar tentang sektor pembinaan berdasarka­n empat teras strategik Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020, iaitu kualiti, keselamata­n dan profesiona­lisme, kemampanan alam sekitar, produktivi­ti serta pengantara­bangsaan,” menurutnya.

CIDB berkata peserta bebas menghantar karya penyertaan mengikut kreativiti masing-masing sama ada dalam bentuk teks, audio, video atau foto yang memberi impak kepada industri pembinaan secara khususnya serta pembanguna­n negara secara amnya.

Karya-karya harus besertakan deskripsi dan borang penyertaan kepada Institut Akhbar Malaysia (MPI) selewat-lewatnya pada 30 Julai, 2019.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperolehi di laman sesawang www.mpi.my dan www. cidb.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia