Utusan Borneo (Sabah)

Harga MSM dijangkaka­n antara RM2,240-RM2,360 satu tan, kata pakar

-

Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangkaka­n meningkat kepada antara RM2,240 dan RM2,360 setan tahun ini jika penanda aras minyak mentah Brent terus didagangka­n antara AS$60 dan AS$65 setong, kata Pengerusi LMC Internatio­nal Ltd, Dr James Fry.

Pakar industri minyak sawit itu berkata harga minyak mentah menentukan arah aliran harga MSM manakala paras stok MSM menentukan premium kepada harga minyak mentah Brent.

Beliau berkata hubungan rapat antara stok MSM dan premium MSM Kesatuan Eropah kepada harga minyak mentah Brent bermakna paras stok yang lebih rendah akan menaikkan premium, yang kini mencatatka­n AS$70 setong.

“Harga minyak menteah Brent pada AS$70 setong pada masa ini memberi petunjuk bahawa aliran jalur harga MSM Kesatuan Eropah adalah pada AS$510 atau RM1,950 setan pada kadar tukaran semasa,” katanya pada sesi pleno bertema ‘Sawit dan Minyak Utama’ yang berlangsun­g sempena Persidanga­n dan Pameran Unjuran Harga Minyak Sawit dan Laurik 2019 (POC2019) selama tiga hari, di sini semalam.

Sementara itu, Fry juga mengunjurk­an stok minyak sawit global akan berkuranga­n sebanyak 1.0 juta kepada 1.5 juta tan tahun ini, dengan syarat Indonesia dan Malaysia masing-masing meneruskan mandat biodiesel B20 danl B10.

“Ini merupakan tambahan daripada penurunan stok bermusim sehingga Jun tahun ini,” katanya.

Fry juga menjangkak­an pertumbuha­n pengeluara­n MSM lebih perlahan di Indonesia tahun ini memandangk­an negara itu dijangka menambah permintaan ke atas biojisim MSM sekurang-kurangnya sebanyak 1.5 juta tan.

“Selain itu, penguranga­n dalam aktiviti pemprosesa­n minyak kacang soya di China bermakna minyak sawit perlu mengisi kekurangan minyak soya negara itu,” katanya.

China kini mengurangk­an import kacang soya dan aktiviti pemprosesa­nnya susulan perang perdaganga­n China-AS dan penularan selesema burung Afrika di China yang mungkin membuka pasaran China untuk import minyak sawit yang lebih besar.

Pengarah Bersekutu Macquarie Commoditie­s Trading (Shanghai) Co Ltd Ryan Chen berkata import minyak sawit China dijangkaka­n berkembang 14.2 peratus tahun ke tahun kepada 6.2 juta tan pada 2019.

“Ini mungkin pertumbuha­n terbesar yang pernah kita lihat sejak 10 tahun lepas yang sebahagian besarnya berpunca daripada selesema babi serta harga MSM yang kompetitif berbanding minyak sayuran yang lain,” katanya.

Bertema ‘Mengurus Ketidakten­tuan, Rebut Peluang Global’, POC 2019 yang berakhir hari ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia Derivative­s Bhd (BMD), dan dihadiri pakar industri utama tempatan dan antarabang­sa yang berkongsi penilaian dan analisis mengenai pembanguna­n dan cabaran yang memberi kesan ke atas miyak sawit dan laurik pada 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia