Utusan Borneo (Sabah)

Penuhi permintaan pasaran

Variasi pilihan hadiah, cenderamat­a tanda ingatan

-

KOTA KINABALU: Setiap kali jika ingin meraikan ulang tahun kelahiran dan perkahwina­n ataupun menganjurk­an majlismajl­is formal pastinya antara perkara yang perlu dititikber­atkan ialah pemberian hadiah atau cenderamat­a kepada pasangan atau jemputan.

Jika ditinjau, pelbagai variasi cenderamat­a yang dihasilkan oleh pengusaha mengikut trend terkini bagi memenuhi permintaan pasaran, dan pelanggan hanya perlu memilih mengikut kesesuaian tema dan majlis yang akan dijalankan atau ingin dihadiri.

Sementara untuk pelanggan pula, pastinya cenderamat­a yang unik, murah dan tahan lama menjadi pilihan utama kerana pastinya untuk dijadikan tanda ingatan yang berpanjang­an.

Bagi usahawan muda, Adam Saberun, 32, niat untuk memberi sokongan kepada kerja sampingan isteri dalam bidang bakeri akhirnya membuka peluang pula untuknya kepada kerjaya keduadalam­bidangpern­iagaan cenderamat­a.

“Isteri saya yang juga seorang guru sering menerima tempahan membuat kek dan kebetulan sekitar 2017 sangat popular penggunaan dekorasi cake topper, tetapi memandangk­an pada ketika itu tiada servis berkenaan disediakan di Sabah, maka kami perlu menempahny­a dari Semenanjun­g.

“Penghantar­an sudah pasti secara pos yang sememangny­a memakan kos dan masa, apatah lagi jika barang yang ditempah pula dalam keadaan tidak sempurna atau patah kerana material yang digunakan adalah kayu atau akrilik yang menyebabka­n kami kerugian.

“Hinggalah suatu ketika saya terlihat mesin laser cut yang diiklankan di laman sosial Facebook, yang boleh digunakan untuk membuat cake topper, lantas tanpa banyak berfikir saya terus membelinya walaupun tiada pengetahua­n asas untuk mengendali­kan mesin itu,” jelas Adam yang juga seorang jurutera teknikal di sebuah syarikat penerbanga­n.

Menurutnya sejurus mesin itu selamat sampai,

ALICE yang membantu Adam di premis sepanjang ketiadaann­ya.

dia turut menghubung­i penjual untuk bertanyaka­n cara penggunaan­nya dan selebihnya dia banyak belajar sendiri melalui laman sosial Youtube.

Adam mengambil masa kirakira 6 bulan untuk belajar cara yang betul dan memilih gred serta ketebalan kayu yang baik, sebelum mendapat hasil yang sempurna.

“Produk utama sememangny­a cake topper, sehinggala­h suatu ketika kami mendapat jemputan majlis perkahwina­n daripada rakan, kemudian saya dan isteri bercadang untuk memberikan hadiah yang unik.

“Dengan itu, kami mula mengukir di atas papan pemotong daging serta pada penyangkut baju dan jadikannya sebagai hadiah perkahwina­n, namun kami mendapat banyak respons daripada rakan selepas memuat naik foto itu di laman Facebook kami.

“Apabila ramai yang bertanya, kami cuba menerima tempahan dan tidak sangka semakin ramai yang berminat dengan produk ini, mungkin kerana perkhidmat­an laser cut sangat kurang di Kota Kinabalu,” jelasnya.

Selepas beberapa bulan menjalanka­n perniagaan itu, Adam dan isteri menjinakka­n diri menyertai pameran jualan hingga mempertemu­kan beliau dengan rakan kongsinya kini, Saw Lip Chiang, yang turut menjalanka­n perniagaan yang sama.

“Sebelum ini, jika ada pelanggan yang membuat tempahan dalam skala yang besar, saya akan minta mereka rujuk kepada Saw yang ketika itu turut membuka pameran jualan berhampira­n gerai saya.

“Apabila sering memberinya pelanggan, Saw menghubung­i saya dan mencadangk­an agar kami bergabung dan menjalanka­n perniagaan ini bersama-sama dan kemudian seorang lagi rakan saya yang mengendali­kan perniagaan dekorasi perkahwina­n, Jowene Elle Chia turut menyertai kami,” jelasnya.

Namun begitu, memandangk­an Saw mengendali­kan gudang miliknya yang beroperasi di Kota Belud, manakala Jowene pula sering berada di luar kota, maka cadangan untuk membuka premis di Kota Kinabalu diserahkan kepada Adam, sementelah pelanggan mereka juga banyak berada di sini.

Gabungan itu menurutnya, menjadikan­perniagaan­mereka semakin kukuh kerana masingmasi­ng punya kepakaran serta pelanggan yang sedia maklum dengan perkhidmat­an yang ditawarkan menjadikan hubungan mereka semakin serasi bersama walaupun berbeza kaum.

Menurutnya memang ada sesetengah yang mempersoal­kan hubungan mereka yang berbeza kaum dengan pelbagai andaian negatif serta cuba menimbulka­n kerisauan jika ada yang akan mengambil kesempatan antara satu sama lain, namun katanya mereka mengambil pendekatan untuk saling memahami dan sentiasa berbincang.

Kata Adam, semenjak premis mereka dibuka pada penghujung 2018, mesin yang digunakan ditambah baik dan boleh menghasilk­an tempahan dalam skala yang besar.

Rangkaian produknya juga semakin berkembang mengikut kehendak pelanggan antaranya seperti ‘keychain’, ‘fridge magnet’ dan ‘mock cheque’, ‘event backdrop’, ‘souvenir’, ‘bookmark’, ‘custom badges’ dan ‘signage’.

“Pelanggan boleh datang dengan rekaan sendiri atau kami boleh bantu dengan merealisas­ikan imaginasi serta idea mereka, ataupun kepada pelanggan yang tidak punya idea, kami akan cuba reka dua atau tiga reka bentuk untuk memudahkan mereka memilih.

“Setakat ini, pelanggan kami sememangny­a daripada warga tempatan sendiri, Semenanjun­g dan juga Singapura,” ujarnya.

Apa yang menariknya, premis mereka juga digabungka­n dengan perniagaan makanan khusus untuk golongan vegan yang mempunyai diet pemakanan berbeza.

Pemakanan golongan vegan selalunya tidak boleh merangkumi sebarang makanan atau minuman yang melibatkan haiwan dalam mekanisme pemprosesa­nnya termasukla­h bahan-bahan ramuan yang biasa digunakan termasuk produk tenusu, telur, madu dan gelatin.

Dalam pada itu, Adam berharap agar dapat mengembang­kan lagi perniagaan mereka serta meluaskan perkhidmat­an laser cut kerana terbukti banyak produk yang boleh dihasilkan melalui mesin itu serta mampu menjana peluang pekerjaan yang baik.

 ??  ?? PERABOT unik yang dihasilkan oleh Saw diletakkan di dalam restoran mereka.
PERABOT unik yang dihasilkan oleh Saw diletakkan di dalam restoran mereka.
 ??  ?? SUASANA yang selesa di hadapan premis milik Adam.
SUASANA yang selesa di hadapan premis milik Adam.
 ??  ?? ADAM SABERUN
ADAM SABERUN
 ??  ?? MESIN mengukir kayu yang dijadikan sebagai cenderamat­a.
MESIN mengukir kayu yang dijadikan sebagai cenderamat­a.
 ??  ?? KEK vegan juga dibuat sendiri khas untuk golongan vegan.
KEK vegan juga dibuat sendiri khas untuk golongan vegan.
 ??  ?? ANTARA cenderamat­a yang dihasilkan menggunaka­n teknik potongan laser.
ANTARA cenderamat­a yang dihasilkan menggunaka­n teknik potongan laser.
 ??  ?? MESIN pertama yang dibeli oleh Adam masih digunakan sehingga kini.
MESIN pertama yang dibeli oleh Adam masih digunakan sehingga kini.
 ??  ?? HIDANGAN vegan yang sangat menarik untuk dirasa.
HIDANGAN vegan yang sangat menarik untuk dirasa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia