Utusan Borneo (Sabah)

Tiga ‘bahan letupan’ ditemui di London

Bungkusan dengan setem Ireland itu mampu cetus kebakaran kecil: Polis

-

Bungkusan tersebut – semua beg pos putih bersaiz A4 mengandung­i beg kuning Jiffy – telah diperiksa oleh pakar sebagai bahan letupan buatan sendiri yang kecil.

Polis Metropolit­an di London

LONDON: Anggota pencegah keganasan Britain sedang menyiasat tiga “bahan letupan buatan sendiri yang kecil”, dipercayai berkemampu­an untuk menyebabka­n kebakaran kecil, ditemui di beberapa lokasi berasingan di London pada Selasa.

Bungkusan yang mencurigak­an itu mengandung­i sampul surat berpad telah ditemui di sebuah blok pejabat bersebelah­an dengan Lapangan Terbang Heathrow, di bilik pos di stesen Waterloo dan di pejabat berhampira­n Lapangan Terbang Kota London di timur ibu kota, kata Scotland Yard.

“Bungkusan tersebut – semua beg pos putih bersaiz A4 mengandung­i beg kuning Jiffy – telah diperiksa oleh pakar sebagai bahan letupan buatan sendiri yang kecil,” kata Polis Metropolit­an di London dalam satu kenyataan.

Polis Ireland kemudian menyatakan mereka sedang “membantu pihak polis Metropolit­an dalam siasatan mereka,” ketika Sky News melaporkan bahawa bungkusan mempunyai setem Ireland padanya.

Barangan itu dihantar ke Compass Centre, berhampira­n dengan laluan utara di Heathrow, telah dibuka oleh kakitangan yang mengakibat­kan “satu bahagian bungkusan itu terbakar”, walaupun tiada kecederaan berlaku dan penerbanga­n tidak terjejas, menurut polis.

“Alat ini, pada peringkat awal siasatan, kelihatan mampu untuk menyebabka­n kebakaran kecil apabila dibuka,” tambahnya, menjelaska­n mereka telah menganggap insiden sebagai “satu siri yang berkaitan”.

Pihak berkuasa dipanggil ke Compass Centre pada jam 9.55 pagi waktu tempatan, dan dua jam kemudian amaran telah dibunyikan di Stesen Waterloo di tengah London.

“Bungkusan itu tidak dibuka. Pegawai yang pakar telah memeriksa dan memastikan alat itu selamat,” kata polis mengenai bungkusan yang ditemui di hab stesen.

Ia tidak dikosongka­n dan perkhidmat­an kereta api tidak terjejas.

Pada jam 12.10 tengah hari waktu tempatan, bungkusan lain yang mencurigak­an telah dilaporkan di pejabat City Aviation House, di Royal Docks di bahagian timur ibu kota berhampira­n dengan Lapangan Terbang Kota London.

Bungkusan juga tidak dibuka dan penerbanga­n terus ber-operasi seperti biasa.

“Polis Metropolit­an telah memberi nasihat kepada hab pengangkut­an di sekitar London agar berjaga-jaga dan melaporkan tentang penemuan sebarang bungkusan mencurigak­an kepada pihak polis,” tambah pasukan tersebut. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PEGAWAi polis termasuk seorang yang memakai sut forensik, kelihatan dalam sebuah kawasan yang ditutup di stesen Waterloo berhampira­n lokasi di mana sebuah bungkusan yang mencurigak­an dijumpai, di London, Britain pada Selasa.
— Gambar Reuters PEGAWAi polis termasuk seorang yang memakai sut forensik, kelihatan dalam sebuah kawasan yang ditutup di stesen Waterloo berhampira­n lokasi di mana sebuah bungkusan yang mencurigak­an dijumpai, di London, Britain pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia