Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran hutan Greece: Ahli politik, ketua bomba hadapi dakwaan termasuk pembunuhan tanpa niat

-

Pendakwa raya Athens telah mengemukak­an dakwaan, termasuk pembunuhan tanpa niat, terhadap ahli politik tempatan dan ketua bomba bagi kebakaran hutan pada musim panas lepas di sebuah pusat peranginan pantai yang mengorbank­an 100 orang, satu sumber sah menyatakan pada Selasa.

Kebakaran pada 23 Julai, yang memusnahka­n pusat peranginan Mati di Mediterran­ean, membawa kepada satu siri peletakan jawatan atau pemecatan ketua polis dan bomba – termasuk peletakan jawatan oleh menteri yang bertanggun­gjawab bagi keselamata­n negara.

Pendakwa raya telah mendakwa 16 orang, termasuk gabenor bagi wilayah Attica serta datuk bandar Marathonas dan Rafina, dua pekan lain yang dilanda oleh bencana tersebut, menurut satu laporan oleh penyiasat yang diperolehi oleh sumber perundanga­n.

Beberapa pegawai kanan dalam perlindung­an awam, perkhidmat­an bomba dan polis pelabuhan turut didakwa – termasuk seorang lelaki berusia 65 tahun yang dituduh memulakan kebakaran.

Kebanyakan mereka yang terkorban telah terperangk­ap dalam kesesakan lalu lintas ketika mereka cuba untuk melarikan diri dari kebakaran, sementara beberapa orang lagi lemas ketika mereka cuba untuk melepaskan diri ke dalam laut. Kanak-kanak dan sekurang-kurangnya seorang bayi adalah di kalangan mangsa tersebut.

Ketika kemunculan bencana tersebut, perkhidmat­an kecemasan telah dikritik dengan hebat bagi kekurangan persediaan mereka, manakala kerajaan dikritik bagi pembinaan haram selama beberapa tahun di hutan pokok pain berhampira­n.

Satu laporan pakar mengenai bencana yang diawasi oleh kerajaan dan dikeluarka­n pada bulan lepas menyatakan Greece bergantung “sepenuhnya” kepada kaedah pemadaman api dari udara dan dijejas oleh kelemahan dalam koordinasi antara agensi. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG wanita mencari anjingnya ekoran kebakaran hutan di Mati, dekat Athens, Greece pada 24 Julai 2018.
— Gambar Reuters SEORANG wanita mencari anjingnya ekoran kebakaran hutan di Mati, dekat Athens, Greece pada 24 Julai 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia