Utusan Borneo (Sabah)

Polis Niger serbu makmal hasilkan ubat palsu, produk kecantikan tiruan

-

Polis Niger pada Selasa berkata mereka telah menyerbu sebuah makmal di ibu negeri Niamey yang menghasilk­an ubat palsu dan produk kecantikan tiruan untuk dijual di pasaran tempatan dan negara jiran Nigeria.

“Kami merampas tidak kurang daripada 10 tan ubatubatan palsu yang diperbuat daripada tanaman tempatan dan bahan-bahan lain yang diimport dari luar negara,” kata jurucakap polis Adily Toro dalam TV negara.

Sembilan orang, “tiada seorangpun daripada mereka memiliki sebarang pengetahua­n tentang perubatan,” telah ditangkap, katanya.

Sebahagian daripada produk disasarkan untuk citarasa wilayah dalam kecantikan – sejenis, dikenali sebagai “Dynawell,” dikatakan membantu wanita untuk menjadi gemuk, dan satu lagi, “Bobaraba” untuk membentuk payudara dan punggung mereka, kata Toro.

Yang lain-lain dikatakan bersifat afrodisiak dan ubat antibuasir. Ubat palsu, tiruan atau kurang memenuhi standard merupakan isu kesihatan utama di negara-negara membangun, terutama sekali di Afrika.

Persatuan Amerika bagi Kebersihan dan Ubat Tropika menganggar­kan pada 2015 bahawa 122,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia disebabkan pengambila­n ubat antimalari­a yang berkualiti rendah di sub-Sahara Afrika.

Ubat antimalari­a dan antibiotik merupakan dua jenis ubat yang kemungkina­n besar sudah lama atau murah, katanya.

Pada 2016, satu operasi dilancarka­n oleh Institut Antarabang­sa bagi Penyelidik­an Terhadap Ubat Palsu (IRACM) yang berpusat di Paris dan Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) telah merampas 113 juta produk ubat palsu dan 5,000 peralatan perubatan tiruan di 16 pelabuhan Afrika. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia