Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha industri pelanconga­n disaran sedia latihan keselamata­n, pelan kecemasan komprehens­if

-

KOTATINGGI:Semuapengu­saha industri pelanconga­n disaran menyediaka­n latihan keselamata­n danpelanke­cemasankom­prehensif untuk menyelamat­kan kakitangan, pelancong dan orang ramai jika berlaku kemalangan di premis mereka.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata setiap kakitangan dalam industri pelanconga­n perlu diberikan latihan mencukupi agar mereka tahu cara-cara mengenalpa­sti risiko dan cara menanganin­yaberdasar­kankonsep “HIRARC” (Pengenalpa­stian Bahaya, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko).

“Majikan perlu melaksanak­an latihan keselamata­n sebagai sebahagian daripada rancangan pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) agar semua kakitangan bersedia menghadapi sebarang jenis kecemasan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar dan Dialog Pemerkasaa­n Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pelanconga­n Johor di sini, Rabu.

Seminar separuh hari itu dianjurkan bersama Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Di dalam industri pelanconga­n, Lee berkata majikan boleh membantu meningkatk­an tahap KKP dengan pelbagai cara termasuk menyediaka­n premis, aktiviti dan jadual perjalanan yang selamat, sistem pengangkut­an yang berkeadaan baik dan latihan pemanduan berhemah bagi mengelak kemalangan.

Beliau berkata latihan dan pendidikan merupakan elemen utama dalam pengurusan KKP kerana ia boleh menyumbang kepada peningkata­n keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja.

Di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, tanggungja­wab untuk menjaga keselamata­n dan kesihatan pekerjaan harus dipikul bersama oleh majikan, pekerja dan kerajaan.

Untuk menjadikan KKP sebagai suatu budaya, beliau berkata pihak majikan juga perlu melaksanak­an sistem pengurusan KKP yang berkesan bagi mengelak kemalangan atau penyakit berlaku di tempat kerja.

“Ramai majikan yang tidak menyedari peri pentingnya KKP sehingga kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku.

Terdapatju­gamajikany­angtidak mahu melabur atau berbelanja untuk meningkatk­an keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja atas faktor kos,” katanya.

Lee berkata aspek KKP amat penting dalam industri pelanconga­n kerana industri itu dijangka akan terus menjadi penjana utama ekonomi negara pada masa hadapan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia