Utusan Borneo (Sabah)

SK Kem Tentera, SK Sg Anib I muncul juara

Kejohanan hoki lelaki dan perempuan B12 MSSD Sandakan

- Oleh SALMAN ABADI PEKAN Telupid meraih naib johan hoki perempuan B12.

SANDAKAN: Pasukan hoki Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Tentera berjaya merealisas­ikan sasaran apabila muncul juara Kejohanan Hoki Lelaki Bawah 12 Tahun (B12) Majlis Sukan Sekolah (MSS) peringkat daerah ini di Stadium Hoki Kompleks Sukan Sandakan, di sini baru-baru ini.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (Unit Sukan) Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan dan dikelolaka­n oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Anib 1, Sandakan.

Naib johan dimenangi pasukan SK Sungai Manila, manakala tempat ketiga ialah SK Sg Anib 1.

Kejohanan itu yang hanya disertai tiga pasukan menyaksika­n SK Kem Tentera menewaskan SK Sg Manila 2 – 0, sebelum menumpaska­n SK Sg Anib 1 dengan jaringan 3 - 0 dalam perlawanan liga.

SK Sg Manila pula seri tanpa jaringan ketika bertemu pasukan SK Sg Anib 1.

Kejayaan SK Kem Tentera muncul juara 2019 MSSD

ZAKARIA (berdiri tengah) bersama pasukan hoki perempuan B12 SK Sg Anib I yang menjuarai kategori perempuan MSSD Sandakan 2019.

Sandakan itu lebih manis dan membanggak­an apabila dua pemainnya, Ibun Sina Bainan Najal dan Iskandar Osman turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu.

Bagi kategori perempuan yang disertai empat pasukan, SK Sg Anib I muncul juara, naib juara SK Pekan Telupid manakala SK Sri Tanjung Papat 1 dan SK Sg Kayu menduduki tempat ke-3 dan ke-4.

Dalam perlawanan liga itu, SK Sg Anib 1 mengalahka­n SK Sg Kayu dengan kemenangan tipis 1 – 0, manakala pertemuan dengan pasukan lain kesemuanya seri tanpa jaringan.

Anugerah Pemain Terbaik Hoki B12 Perempuan ialah Tuan Syuhada Tuan Suhardam, manakala anugerah Penjaring Terbanyak milik Nurul Hamizah Alamin (SK Sg Anib 1).

Mengulas kejayaan itu, Setiausaha Unit Kokurikulu­m SK Kem Tentera, Zuriana Abd Hamid berkata pasukan hoki sekolah itu telah melakukan percubaan sejak 2017.

Katanya, pelancaran program pembanguna­n sukan hoki melalui ‘Projek 3 Tahun Layak Ke Peringkat Negeri’ sejak 2017 itu akhirnya membuahkan hasil apabila hasrat muncul juara 2019 di peringkat MSSD Sandakan berjaya dicapai.

Katanya, kejohanan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Sandakan itu memperliha­tkan kesungguha­n yang jitu dari semua pasukan yang bertanding dan tidak terkecuali pasukan hoki SK Kem Tentera yang dibarisi para pemain Tahap Dua.

“Apa yang menariknya, pasukan yang mewakili SK Kem Tentera tahun ini merupakan pasukan yang dibentuk dan dilatih sejak dari tahun 2017 lagi,” ujarnya.

Menurutnya, pada ketika itu para pemain masih berada di Tahun 4 dan kini, segala penat lelah membuahkan hasil apabila mereka akan mewakili daerah Sandakan untuk ke peringkat negeri kelak.

Beliau menjelaska­n, dorongan kuat Guru Besar SK Kem Tentera Alima Abdul Rahman serta Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m, Zubaidah Mahmud.

“Pasukan yang dilatih sejak 2017 ini mendapat sentuhan magis Cikgu Rusman Dahlan

SK

selaku ketua jurulatih dan dibantu penolong jurulatih, Cikgu Izzul Imran Mohd Johari, manakala Mohd Nazari Yusof bertindak selaku pengurus pasukan.

Beliaumena­mbah,usahayang diperlihat­kan oleh pasukan hoki SK Kem Tentera ini pastinya boleh diibaratka­n sebagai suatu ceritera yang memperliha­tkan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya ada usaha bersungguh-sungguh secara konsisten.

“Kesabaran dan usaha pasukan ini yang tidak kenal erti penat lelah memungkink­an merekamene­ruskanperj­uangan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat negeri Sabah dan tidak mustahil boleh melangkah ke peringkat kebangsaan,” ujarnya.

“Kejayaan yang dirangkul ini amat bermakna dengan adanya dorongan dan sokongan padu pihak barisan pentadbir sekolah, malah mendapat dokongan kuat daripada pihak ibu bapa.

“Kehadiran mereka (ibu bapa) ke lokasi pertanding­an bukan sekadar memeriahka­n suasana, malah dilihat sebagai ‘secret ingredient’ dalam menyuntik semangat para pemain pasukan ini yang akhirnya menjadi Sang Juara hoki MSSD Sandakan 2019,” jelasnya.

Beliau menambah, sokongan dan pengemblen­gan usaha pihak sekolah iaitu guruguru dan ibu bapa, mampu menghasilk­an kejayaan ke arah kemenjadia­n murid-murid yang terlibat.

Penyelia Sukan PPD Sandakan, Suryiansha­h Mohd Yunus berkata kejohanan itu bertujuan melaksanak­an aktiviti sukan berdasarka­n takwim sukan MSS Bahagian Sandakan, selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan.

Katanya, selain itu ia juga bertujuan mencungkil bakat serta mengenal pasti dan memilih pemain hoki (B12) untuk menghadapi kejohanan peringkat Bahagian Sandakan melibatkan empat daerah yang berstatus peringkat negeri.

Suriyansha­h berkata, pihaknya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak pengelola (SK Sg AnibI)sertasemua­pasukanyan­g terlibat mengambil bahagian bagi menjayakan kejohanan itu termasukla­h Pengurus Teknik (PT) Hoki MSSD Sandakan, Wan Razali dari Kolej Vokasional Sandakan.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Guru Besar SK Sg Anib I, Zakaria Abdullah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN hoki SK Kem Tentera (berdiri) muncul juara lelaki B12 Kejohanan Hoki MSSD Sandakan 2019 bersama pasukan SK Sg Manila (naib johan).
PASUKAN hoki SK Kem Tentera (berdiri) muncul juara lelaki B12 Kejohanan Hoki MSSD Sandakan 2019 bersama pasukan SK Sg Manila (naib johan).
 ??  ?? ZAKARIA (tengah) bergambar kenangan bersama AJK Pengelola, guru pengiring dan para pemain hoki B12 lelaki dan perempuan MSSD Sandakan.
ZAKARIA (tengah) bergambar kenangan bersama AJK Pengelola, guru pengiring dan para pemain hoki B12 lelaki dan perempuan MSSD Sandakan.
 ??  ?? ZAKARIA menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
ZAKARIA menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia