Utusan Borneo (Sabah)

Larian UNICEF Borneo Marathon 2019 dilancar

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman merasmikan Majlis Pembukaan outlet pertama di sini, untuk ULTRON®, jenama pakaian sukan terkenal sebagai pakaian rasmi terkemuka untuk kebanyakan acara larian dan berbasikal di seluruh negara.

Pelancaran di Oceanus Waterfront Mall Kota Kinabalu itu juga menyaksika­n berlangsun­gnya majlis pelancaran rasmi acara marathon terbesar di Borneo,UNICEF(Borneo Marathon) 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif ULTRON Malaysia Marc Chua, Pengarah UNICEF Malaysia Anthony Lake, Presiden Running Club dan Pengarah Acara Borneo Marathon Datuk Dr Heng Aik Cheng bersama lebih 500 orang menghadiri majlis itu.

Kota Kinabalu adalah kedai ke-6 untuk ULTRON® di seluruh Malaysia dan yang kedua di Borneo selepas Sarawak.

ULTRON® kini mempunyai lima cawangan yang terletak di Kuala Lumpur NU Sentral dan Glo Damansara, Kangar Perlis, Kuantan Pahang dan Kuching dengan tiga lagi cawangan di Petaling Jaya dan Shah Alam Selangor dan di Lumut Perak dijangka dibuka sebelum bulan Oktober tahun ini.

Kedai berkonsepk­an ULTRON® yang pertama di luar Malaysia juga akan dibuka di Brunei November 2019.

ULTRON® Malaysia juga merupakan pakaian rasmi dan penaja utama untuk Borneo Marathon sejak 2016 yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Internatio­nal Marathon (BIM), manakala UNICEF Borneo Marathon adalah acara marathon terbesar di Borneo dengan penyertaan lebih daripada 12,000 pelari setiap tahun berasal dari lebih 10 negara peserta.

Acara berprestij itu disokong sepenuhnya oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

ULTRON® Malaysia amat positif dan optimis bahawa kerjasama dengan UNICEF Borneo Marathon adalah salah satu strategi yang baik untuk mempromosi­kan produk Malaysia dan Sabah sebagai hab pelanconga­n sukan.

“Kami mempunyai rekod prestasi terbukti di Malaysia dengan lebih daripada 3,000,000 helai pakaian yang diedarkan di seluruh negara dalam masa empat tahun, tetapi kini sudah tiba masanya untuk kami menaikkan tahap

watikah pelantikan kepada Mudir Maahad Tahfiz Minal Mahdi Ilal Lahdi Ranau, Ustaz Ismail Hassan (kiri) sebagai sekolah angkat Ultron Sabah.

ke peringkat global untuk menunjukka­n kepada dunia bahawa negara kita Malaysia juga mampu menghasilk­an reka bentuk yang hebat dan sukan berkualiti tinggi, kata Ketua Pegawai Eksekutif ULTRON Malaysia, Marc Chua.

Katanya, terdapat banyak jenama tempatan yang terkenal di Malaysia seperti Air Asia dan 100Plus yang telah mengharumk­an nama Malaysia di pentas antarabang­sa, dan ULTRON® mensasarka­n untuk menjadi jenama sukan terkenal yang berasal dari Malaysia dengan produk berkualiti pada harga berpatutan.

Pada majlis pelancaran di Kota Kinabalu itu, pihak Ultron Sabah turut menyerahka­n watikah pelantikan kepada Mudir Maahad Tahfiz Minal Mahdi IlalLahdiR­anauyangdi­wakili Ustaz Ismail Hassan sebagai sekolah angkat Ultron Sabah.

 ??  ?? PENYERAHAN
PENYERAHAN
 ??  ?? PERASMIAN UNICEF Borneo Marathon 2019 dan Outlet Ultron di Kota Kinabalu.
PERASMIAN UNICEF Borneo Marathon 2019 dan Outlet Ultron di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia