Utusan Borneo (Sabah)

Zon Labuk atasi lapan zon lain

Muncul juara Kejohanan Olahraga MSSD Beluran Ke 33 Peringkat Sekolah Rendah

-

BELURAN:ZonLabukmu­ncul juara dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Beluran bagi peringkat sekolah rendah kali ke 33 yang diadakan di Kompleks Sukan Beluran.

Kejohanan ini mempertand­ingkan 20 acara dengan penglibata­n lebih 290 atlet dari 46 buah sekolah rendah dan enam sekolah menengah dalam daerah Beluran.

Bagi peringkat sekolah rendah, 46 sekolah rendah dibahagika­n mengikut zon kawasan sekolah berkenaan.

Terdapat lapan zon telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan antara zon berkenaan ialah Zon Pekan, Zon Ladang, Zon Labuk, Zon Pamol, Zon Sugut, Zon Paitan, Zon Pulau dan Zon Laut.

Dalam kejohanan kali ini, Zon Labuk berjaya menjuarai kejohanan ini bagi peringkat sekolah rendah dan menewaskan juara bertahan Zon Pamol yang berada di kedudukan kelima pada kejohanan kali ini.

Sebanyak 7 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa telah berjaya dikutip oleh atlet-atlet Zon Labuk dan kutipan pingat mereka jauh meninggalk­an pencabar terdekat mereka iaitu dari Zon Pekan dengan kutipan pingat 4 emas, 1 perak dan 2 gangsa.

Menurut Manggi Santiri selaku Ketua Kontinjen Zon Labuk, kebanyakka­n atlet yang mewakili Zon Labuk telah

MANGGImene­rimaPialaP­usinganKej­ohananMSSD­peringkat sekolah rendah yang disampaika­n oleh Zainal Abiddin.

bersedia dari segi fizikal dan mental. Selain itu para atlet juga telah berlatih dari awal tahun lagi agar dapat bersaing dengan pencabar lain.

Katanya, usaha dan komitmen yang ditunjukka­n oleh para jurulatih dan ibubapa dalam memastikan para atlet mempunyai latihan yang mencukupi berjaya mendatangk­an hasil yang diharapkan dalam kejohanan ini.

Kejohanan Olahraga MSSD Beluran ini juga turut mencatat kejayaan manis bagi atlet dari Zon Labuk kerana salah seorang atlet mereka berjaya merangkul anugerah Olahragawa­n bawah 12 tahun (L12).

Richie Colin dari Zon Labuk berjaya mengumpul 3 emas untuk acara 100M, 200M dan 4x100M. Ini telah menobatkan­nya sebagai Olahragawa­n MSSD Beluran kali ini.

Manakala Sherenna Micheal atlet Zon Pekan berjaya dinobatkan Olahragawa­ti bawah 12 tahun (P12) di mana ia berjaya mengutip 2 emas bagi acara lompat jauh dan 4x100M.

Bagi kategori sekolah menengah, SMK Beluran berjaya merangkul kejuaraan MSSD Beluran dengan menewaskan enam pencabar yang lain.

Kejohanan yang berlangsun­g selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Haji Soje Haji Abd Hassan selaku Pegawai Pendidikan Daerah Beluran. Manakala SMK Beluran bertindak selaku pengelola kejohanan ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan Nor Aslam Mano Pengetua SMK Beluran, Kasiman Wiro Pengerusi Majlis Guru Besar Beluran dan Living Masini Penolong Pegawai Tadbir Kompleks Sukan Beluran.

 ??  ?? KONTINJEN Zon Labuk dengan kekuatan seramai 15 atlet dan 7 jurulatih bersama dengan barisan guru besar bagi 4 sekolah dalam Zon Labuk.
KONTINJEN Zon Labuk dengan kekuatan seramai 15 atlet dan 7 jurulatih bersama dengan barisan guru besar bagi 4 sekolah dalam Zon Labuk.
 ??  ?? OLAHRAGAWA­N dan Olahragawa­ti peringkat sekolah rendah bersama Zainal Abiddin dan Nor Aslam Mano (kanan).
OLAHRAGAWA­N dan Olahragawa­ti peringkat sekolah rendah bersama Zainal Abiddin dan Nor Aslam Mano (kanan).
 ??  ?? AKSI Sherenna Micheal ketika menerima baton dari rakan sepasukan bagi acara 4x100M P12.
AKSI Sherenna Micheal ketika menerima baton dari rakan sepasukan bagi acara 4x100M P12.
 ??  ?? KASIMAN dan Suzanah Penolong Kokurikulu­m SMK Beluran bersama barisan pemenang acara 4x100M L12.
KASIMAN dan Suzanah Penolong Kokurikulu­m SMK Beluran bersama barisan pemenang acara 4x100M L12.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia