Utusan Borneo (Sabah)

Hisham harap MSN lulus dana latihan skuad hoki ais

-

PETALING JAYA: Pengurus skuad hoki ais negara, Ir Noor Hisham Yahya berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat meluluskan permohonan dana bagi menjalani latihan di luar negara dalam memantapka­n persediaan skuad berkenaan menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina pada November ini.

Noor Hisham berkata pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya RM600,000 untuk membolehka­n skuad hoki ais negara menyertai latihan pendedahan dan pertanding­an di luar negara memandangk­an sebahagian besar pemain sedia ada berusia lingkungan 16 hingga 23 tahun.

“Jadi,merekaperl­ukanlebihp­endedahan dan kalau kita tengok di Malaysia, pendedahan kurang dan mereka perlu pergi ke luar negara.

“Sebagai persediaan ke Sukan SEA 2019, kami merancang mengadakan latihan pendedahan sama ada di Jepun atau Korea Selatan, cuma kami sedang berbincang dengan MSN untuk melihat dari segi kewangan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Hoki Asia Piala Cabaran Asia Divisyen Utama 2019 di Stadium Ski Ais Malaysia di Empire City, pada Selasa.

Beliau menegaskan latihan pendedahan berkenaan sedikit sebanyak dapat mencerahka­n peluang skuad hoki ais negara untuk sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2019.

Untuk rekod, Malaysia meraih pingat gangsa dalam acara hoki ais yang dipertandi­ngkan buat julung kalinya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Berkongsi pandangan sama adalah jurulatih skuad hoki ais negara, Andy Chang Yew Ming yang memaklumka­n skuad hoki ais negara memerlukan banyak pendedahan di luar negara bagi memberi saingan kepada negara ASEAN lain terutamany­a juara bertahan Sukan SEA, Filipina dan Indonesia.

Beliau mendedahka­n, skuad hoki ais negara akan menyertai latihan pendedahan selama sebulan sama ada di Jepun atau Korea Selatan pada September atau Oktober ini, namun bergantung kepada dana kewangan daripada MSN.

Dalam pada itu, Chang masih percaya anak didiknya mampu pergi jauh pada kejohanan berkenaan walaupun tewas 4-7 kepada Filipina pada aksi ketiga kumpulan A kejohanan tahunan berkenaan.

Untuk rekod, Malaysia menewaskan Singapura 6-2 pada aksi pembukaan, 1 Mac lepas, namun tewas 5-9 kepada juara bertahan, Mongolia pada aksi kedua, selang dua hari kemudian.

Edisi ke-12 kejohanan berkenaan disertai tujuh negara iaitu Mongolia, Filipina, Singapura, Indonesia, Macau, Oman dan Malaysia selaku tuan rumah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia