Utusan Borneo (Sabah)

SAMAS hantar 16 atlet

Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Thailand 2019

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Thailand 2019 cabaran pertama skuad olahraga Persatuan Olahraga Masters Sabah (SAMAS) tahun ini.

Presiden SAMAS Aliudin Jumaat berkata, SAMAS akan menghantar 16 atlet yang terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita ke kejohanan itu yang akan berlangsun­g di Nakhon Sawan, Thailand pada 8-10 Mac.

“Ini adalah kejohanan besar pertama kami tahun ini dan merupakan antara kejohanan pemanas badan bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Masters Asia (AMAC) di Kuching Sarawak, 2-6 Disember depan.

“Bagaimanap­un kami telah buat persiapan dan menjangkak­an untuk memenangi sembilan hingga 10 pingat emas,” kata Aliudin dalam kenyataan pada Rabu.

Skuad SAMAS akan diketuai David William selaku pengurus pasukan yang akan turut bertanding dalam kategori 55-59 tahun lelaki.

Aliudin juga akan bertanding dalam kategori 60-64 tahun manakala atlet lelaki lain terdiri daripada Haji Tarmizi Sandhu (65-69), Charlie Lee (60-64), Dr Tajul Ariffin Awang Mohd (60-64), Larry Andang (45-49), Yazid Mahadi (45-49) dan Saidi Kailu (35-39).

Atlet wanita pula terdiri daripada Juliana Gumpil (55-39), Tay Yu Eng (6569), Susanna Hiew (65-69), Margaret Petrus (50-54), Jessie Manjin (50-54), Pirin Berangin (60-64), Dorathea Anthony (55-59) dan Adenah Lojuhun (55-59).

Juliana, Yu Eng dan Aliudin adalah antara sandaran utama memenangi pingat emas.

Pada kejohanan sama tahun lalu, SAMAS menang 12 pingat emas, 14 perak dan 10 gangsa.

SAMAS juga telah merancang menyertai beberapa kejohanan lain seperti Masters Taiwan pada 13-14 April), Masters Terbuka Singapura (3-5 Mei), Masters Malaysia 2223 Jun), Olahraga Masters Singpura (21-22 Julai) dan Masters Brunei (17-18 Ogos).

Sabah juga akan menganjurk­an Masters Sabah pada 7-8 September sebagai pemanas badan terakhir sebelum menghadapi AMAC di Sarawak.

“Bagaimanap­un kami telah buat persiapan dan menjangkak­an untuk memenangi sembilan emas.” hingga 10 pingat

ALIUDIN JUMAAT Presiden SAMAS

 ??  ?? ALIUDIN (duduk dua dari kanan) dan David (duduk dua dari kiri) bersama sebahagian daripada anggota kontinjen SAMAS yang akan menyertai Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Thailand 2019 di Nakhon Sawan pada 8-10 Mac.
ALIUDIN (duduk dua dari kanan) dan David (duduk dua dari kiri) bersama sebahagian daripada anggota kontinjen SAMAS yang akan menyertai Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Thailand 2019 di Nakhon Sawan pada 8-10 Mac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia