Utusan Borneo (Sabah)

Perak sasar tiga emas Kejohanan Muay Thai Dunia

-

BUKIT GANTANG: Tiga atlet muay dari Perak masingmasi­ng menyasarka­n untuk membawa pulang pingat emas pada Kejohanan Persekutua­n Muay Sedunia di Pattaya, Thailand pada 7 hingga 18 Mac ini.

Atlet berkenaan Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A’Zamin, 15, dan adiknya Iskandar Hazriq, 12, masingmasi­ng menyertai kejohanan bagi kategori remaja dan super kit manakala Mohd Arif Zahari, 15, kategori amatur.

Iskandar Zulqarnain berkata beliau yang telah menyertai kejohanan itu buat kali keenam dan pernah menang sebanyak empat kali menyasarka­n untuk meraih pingat emas pada kejohanan kali ini yang disertai 108 negara.

“Saya dan adik membuat persiapan dan latihan yang cukup sejak beberapa minggu lalu bagi menghadapi kejohanan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan dan penyerahan Jalur Gemilang 2019 kepada tiga atlet Muay Thai Perak di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering di sini pada Rabu.

Majlis itu disempurna­kan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering Ir Megat Shariffudi­n Ibrahim.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Aur itu berkata beliau optimis untuk mengulangi kejayaan kerana pernah menyertai beberapa kejohanan muay sebelum ini termasuk menjadi juara dunia dalam acara Super Kit pada 2016 di Thailand.

Iskandar Hazriq yang pertama kali menyertai kejohanan itu berkata beliau yakin dapat membawa pulang pingat emas yang menjadi idamannya dan mahu mencipta sejarah serta mengharumk­an nama negara, negeri dan sekolah.

Murid SK Changkat Jering itu adalah peserta Top 5 di Eropah dan telah lima kali menyertai kejohanan di peringkat siri jelajah antara benua.

Mohd Arif dari SMK Gunung Semanggol pula berazam untuk melakar sejarah dalam kejohanan itu sekali gus membawa pulang pingat emas.

Sementara itu, bapa dua beradik itu, Mohamad Ezry A’Zamin Abdul Wahab, 39, berkata beliau telah menyediaka­n jadual dan membahagik­an masa antara belajar dan latihan untuk dua anaknya.

“Saya buat jadual latihan yang ketat ini selepas waktu persekolah­an apabila mahu menghadapi sesuatu kejohanan. Apabila menghadapi kejohanan jadual latihan ditingkatk­an daripada larian enam kilometer kepada 12 kilometer setiap hari,” katanya yang juga merupakan jurulatih muay di sini.

Tambah Mohamad Ezry, sukan muay mampu mengharumk­an nama negara dan berharap kerajaan negeri serta pusat membantu dari segi dana untuk membuat persiapan menyertai kejohanan yang berprestij ini. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? TIGA atlet celik Moay iaitu Mohd Arif (tiga, kanan), Iskandar Zulqarnain (empat, kiri) dan Iskandar Haziq (depan) yang akan menyertai Kejohanan Persekutua­n Moay Sedunia di Pattaya, Thailand pada majlis pelepasan dan penyerahan Jalur Gemilang di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering.
-Gambar Bernama TIGA atlet celik Moay iaitu Mohd Arif (tiga, kanan), Iskandar Zulqarnain (empat, kiri) dan Iskandar Haziq (depan) yang akan menyertai Kejohanan Persekutua­n Moay Sedunia di Pattaya, Thailand pada majlis pelepasan dan penyerahan Jalur Gemilang di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia