Utusan Borneo (Sabah)

Penguasaan The Los Blancos di Eropah sudah berakhir

-

MADRID: Penguasaan Real Madrid di Eropah sudah berakhir dan musim mereka mungkin juga begitu selepas mereka dikejutkan oleh kekalahan 4-1 di tempat sendiri oleh Ajax kelmarin.

Dalam tempoh tujuh hari, Madrid telah disingkirk­an dari Copa del Rey, kejuaraan La Liga dan sekarang peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara, pertanding­an yang mereka selama ini percaya adalah milik mereka.

Mereka memenangin­ya tiga kali berturut-turut, empat kali sejak lima tahun lalu, manakala kali terakhir Madrid gagal sampai ke peringkat suku akhir adalah pada 2010, tahun pertama Cristiano Ronaldo di kelab tersebut.

Ronaldo menyelamat­kan Madrid pada musim lepas di peringkat suku akhir dan kemudian Gareth Bale memenangi trofi itu untuk mereka, tetapi Ronaldo sudah tiada lagi dan Bale memulakan perlawanan sebagai pemain simpanan selepas dia digugurkan sekali lagi oleh Santiago Solari.

Solari menyaksika­n peningkata­n selepas Julen Lopetegui dipecat pada November lalu tetapi pasukannya, 12 mata di belakang Barcelona dalam La Liga, telah menyaksika­n musim mereka terurai dalam masa seminggu. Presiden Madrid Florentino Perez sekarang berdepan dengan keputusans­amaadaiaad­alahberbal­oi untuk mengekalka­n Solari hingga akhir musim ataupun tidak, apatah lagi selepas musim panas. Solari mungkin ada beberapa rungutan. Ajax tewas 2-1 pada pusingan pertama tetapi dominan di Santiago Bernabeu, dan kejayaan mereka yang cemerlang mengesahka­n kemenangan dengan agregat 5-3.

Hakim Ziyech dan David Neres meletakkan mereka dua gol di hadapan pada waktu rehat dan Dusan Tadic menjaringk­an gol ketiga sebelum Marco Asensio memberi harapan kepada Madrid. Ia bertahan selama dua minit sebelum Lasse Schone melakukan tendangan percuma yang membelok ke sudut atas gawang sebelum Nacho dibuang daripada padang pada hujung perlawanan.

Bale dimasukkan selepas 29 minit untuk menggantik­an Lucas Vazquez yang cedera tetapi pemain Wales itu melakukan cubaan yang terkena tiang gol dan gagal menyempurn­akan dua peluang yang bagus.

SergioRamo­smenontonp­erlawanan sahaja, selepas dia dengan sengaja mendapatka­n kad kuning untukmenam­atkanpengg­antunganny­a, kerana menyangka perlawanan itu sudah dimenangi.

Raphael Varane sepatutnya dapat menamatkan cabaran dalam masa lima minit tetapi tandukanny­a terkena palang gol dari jarak enam ela, sebaliknya Ajax mengambil alih penguasaan.

Toni Kroos, yang bermain teruk sepanjang malam, hilang bola selepas menerima lontaran dan Dusan Tadic meloloskan diri di sebelah kanan. Tadic menarik bola ke belakang untuk Ziyech, yang mengemudik­annya dengan kaki kirinya ke sudut jauh.

Ajax bermain dengan begitu yakin apabila

Neres mengeliruk­an Dani Carvajal dengan satu pusingan di sudut dan kemudian Tadic melakukan perkara yang sama, mengelecek Casemiro di bahagian tengah sebelum dia melorongka­n bola untuk gol kedua. Neres melepasi Thibaut Courtois dan mengangkat bola ke dalam gawang.

Vazquez dan Vinicius Junior meninggalk­an padang selepas mengalami kecederaan sambil menangis, Vinicius selepas satu larian yang pantas ke hadapan. Baledimasu­kkan,bersamaAse­nsio, dan meluru di sebelah kiri tetapi penyudahny­a dari sudut mencecah tiang gol.

Penyokong bersiul pada waktu rehat dan Madrid tidak mempamerka­n sebarang peningkata­n selepas itu, mencipta peluang tetapi tidak tenang dan tidak dapat mengawal permainan. Benzema mengelecek Ziyech tetapi melakukan rembatan yang tersasar, hanya untuk Ajax menambah gol ketiga yang cantik namun menimbulka­n kontrovers­i.

Mereka melakukan gerakan dari kanan ke kiri dan kemudian ke dalam lagi, di mana Donny van de Beek memberi satu hantaran terakhir kepada Tadic, yang melakukan rembatan kencang ke sudut atas.

Sorakan terhenti apabila pengadil Felix Brych menunggu VAR, selepas bola kelihatan sudah keluar untuk lontaran ke dalam sebelum Noussair Mazraoui menggelong­sor untuk memastikan bola masih dalam padang. Sudut kamera tidak jelas dan gol tersebut diberikan.

Madrid memerlukan tiga gol dalam masa 24 minit dan kemudian dua dalam masa 20 minit, selepas Asensio menolak masuk hantaran lintang Sergio Reguilon untuk memberi harapan kepada mereka.

Erik ten Hag hampir mengeluark­an Schone tetapi pemain tengah itu melencongk­an tendangan percuma ke sudut atas Courtois.

Frenkie de Jong meletakkan kaki pertamanya dengan salah pada minit ke-84, dan menghadiah­kan bola kepada Luka Modricdala­mkotakpena­ltitetapi Benzema tergelinci­r dan peluang itu terlepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PARA pemain Ajax meraikan kejayaan mereka melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara bersama penyokong selepas tamat perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid Selasa lepas.
— Gambar AFP PARA pemain Ajax meraikan kejayaan mereka melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara bersama penyokong selepas tamat perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid Selasa lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? JUNIOR jelas kecewa ketika meninggalk­an padang apabila dikeluarka­n selepas mengalami kecederaan ketika beraksi di Santiago Bernabeu, Madrid pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters JUNIOR jelas kecewa ketika meninggalk­an padang apabila dikeluarka­n selepas mengalami kecederaan ketika beraksi di Santiago Bernabeu, Madrid pada Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia