Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia syarikat penerbanga­n rasmi eksklusif bagi bola sepak Malaysia

-

KUALA LUMPUR: AirAsia, syarikat penerbanga­n tambang murah Malaysia, memeterai perjanjian untuk menjadi syarikat penerbanga­n rasmi eksklusif Liga Malaysia 2019-2020.

Dalam kenyataan pada Rabu, AirAsia menegaskan syarikat penerbanga­n itu akan menyokong pasukan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang beraksi dalam kejohanan Piala Malaysia, Liga Super, Liga Premier dan Piala FA dengan diskaun tambang untuk mereka terbang dengan syarikat berkenaan di seluruh Malaysia dan di rantau ini.

AirAsia akan turut mempunyai hak untuk menjual tiket perlawanan sama ada secara sendirian atau tawaran pakej bersama penerbanga­n dan/atau hotel menerusi airasiared­tix. com.

“Bola sepak adalah antara perkarayan­gamatsayam­inati saya, dan kecintaan terhadap acara sukan yang menarik ini turut menembusi ke seluruh AirAsia. Kami ketika ini menaja Liga Remaja KL AirAsia untuk meningkatk­an bola sepak dalam kalangan belia di Lembah Klang. Kami mempunyai pasukan remaja kami sendiri, PJ Rangers FC.

“Terbaru, kami menyediaka­n penerbanga­n sewa khas bagi peminat Harimau Malaya untuk menonton aksi separuh akhir Piala Suzuki AFF masingmasi­ng di Bangkok serta Hanoi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, seperti yang dipetik dalam kenyataan itu.

Beliau menegaskan perjanjian dengan MFL merupakan peluang menakjubka­n bagi AirAsia untuk terus menyokong bola sepak Malaysia.

“...dan kami berasa bangga kerana dapat menjalanka­n peranan dalam memberi inspirasi kepada generasi baharu yang menyimpan impian dan menjadikan impian suatu kenyataan kepada para pemain, pasukan dan akhirnya, para peminat. Kami menanti untuk mengalu-alukan kedatangan wira kami dan peminat mereka menaiki pesawat kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam berharap hasil perkongsia­n dengan AirAsia, senario bola sepak tempatan akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi.

“Saya begitu teruja apabila pemain kita yang beraksi dalam liga ini akan terbang dengan AirAsia ke venue perlawanan mereka.

“Jarang sekali kita dapat lihatsebua­hsyarikatM­alaysia melakar nama yang begitu besar, apatah lagi untuk muncul sebagai syarikat penerbanga­n tambang murah terbaik dunia selama 10 tahun berturut-turut, dan saya rasa kita semua boleh berbangga dengan apa yang dicapai oleh Tony dan pasukannya,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia