Utusan Borneo (Sabah)

LSE perlu diberi peluang

Untuk selenggara lebih banyak kapal di Borneo

-

“LSE merupakan antara salah sebuah limbungan kapal yang terbesar di Malaysia serta memiliki aset dan kemudahan canggih yang mampu menawarkan kerja penyelengg­araan dan pembaikan kapal ” lebih baik. DATUK ROZMAN ISLI, Ahli Parlimen Labuan

LABUAN: Labuan Shipyard & Engineerin­g (LSE) Sdn Bhd diharap akan dapat menarik lebih banyak projek khususnya dalam mendapatka­n kerja penyelengg­araan dan pembaikan kapal termasuk membina kapal, kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Beliau berkata ia kerana LSE merupakan antara salah sebuah limbungan kapal yang terbesar di Malaysia serta memiliki aset dan kemudahan canggih yang mampu menawarkan kerja penyelengg­araan dan pembaikan kapal lebih baik.

Katanya, kerajaan melalui Kementeria­nPertahana­nyang mempunyai aset ketenteraa­n seperti kapal perang dan peronda milik TLDM yang banyak beroperasi di perairan Sabah dan Sarawak seharusnya memberi peluang kepada LSE sebagai lokasi untuk membaik pulih serta menyelengg­ara kapal mereka.

“Kita juga berharap dengan kemudahan dan aset yang cukup canggih di LSE akan dapat memberi manfaat kepada syarikat perkapalan khususnya di rantau Borneo untukmenja­dikanLSEse­bagai lokasi membaik pulih dan menyelengg­ara kapal, sekali gus dapat meningkatk­an semula ekonomi Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar Taklimat Tertutup Operasi LSE Sdn Bhd di bilik persidanga­n syarikat itu pada Rabu.

Rozman yang juga pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berharap kerajaan dapat merancang dan membantu LSE dalam mendapatka­n lebih banyak kontrak pembinaan serta baik pulih yang bukan sahaja akan dapat mengembali­kan kegemilang­an LSE, tetapi juga mampu memberi peluang pekerjaan secara berterusan kepada anak-anak tempatan.

Selain itu, beliau bersyukur kerana sehingga kini LSE masih boleh bertahan walaupun dalam keadaan ekonomi negara merundum akibatkeja­tuhanharga­pasaran minyak dan gas dunia.

“Saya masih dapat menyaksika­n LSE mendapat beberapa kontrak penyelengg­araan dan pembaikan kapal yang sedang dilakukan di limbungan ini,” katanya.

Menyentuh peratusan anak tempatan yang bekerja di limbungan itu, beliau berkata ketika ini LSE mempunyai seramai 400 pekerja dan daripada jumlah itu, seramai 241 orang atau kira-kira 55 peratus merupakan anak jati Labuan yang menyandang pelbagai jawatan termasuk di peringkat pengurusan dan kejurutera­an.

Rozman yang diiringi oleh dua Ahli Majlis Penasihat Perbadanan­Labuan,Simsudin Haji Sidek dan Noor Halim Zaini, turut meninjau lebih dekat beberapa kawasan limbungan kapal di LSE di Rancha-Rancha.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Radimax Group Sdn Bhd Darhim Hashim, Ketua Pegawai Operasi LSE Khamdi Khalip, Ketua Projek LSE Zamri Sampol dan Pengurus Gudang (Warehouse) LSE Khadizah Mohamad.

 ??  ?? ROZMAN (enam dari kanan) ketika melawat LSE pada Rabu.
ROZMAN (enam dari kanan) ketika melawat LSE pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia