Utusan Borneo (Sabah)

Venezuela bebaskan wartawan AS ditahan perkhidmat­an keselamata­n

-

WASHINGTON: Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) yang ditahan selama lebih 12 jam oleh perkhidmat­an keselamata­n Venezuela telah dibebaskan pada Rabu, lapor salah satu rangkaian di mana beliau bertugas.

Cody Weddle, yang bertugas di Venezuela selama beberapa tahun sebagai seorang koresponde­n bagi pelbagai media AS, “telah dibebaskan selepas ditahan oleh pihak berkuasa Venezuela,” kata WPLG Local 10 News dalam Twitter.

National Union of Press Workers di Venezuela, dikenali dengan nama singkatann­ya dalam bahasa Sepanyol SNTP, menambah bahawa beliau telah dibawa ke Lapa-ngan Terbang Antarabang­sa Simon Bolivar di Caracas di mana beliau akan dihantar pulang.

Pembebasan itu turut di-umumkan oleh Senator Marco Rubio, seorang pengkritik lantang terhadap pentadbira­n Presiden Venezuela Nicolas Maduro, yang kepimpinan­nya telah dicabar pada Ja-nuari lepas oleh ketua Dewan Kebangsaan Juan Guaido, mencetuska­n perebutan kuasa yang masih berterusan.

“Mereka melakukan ini untuk satu sebab sahaja, untuk mengugut wartawan dari melaporkan tentang @jguaido dan mengenai keadaan di #Venezuela,” kata Rubio.

Kimberly Breier, pembantu setiausaha negara AS bagi hal ehwal ‘hemisfera’, sebelum itu telah meminta bagi “pembebasan Weddle dengan segera,” mendakwa bahawa Maduro “lebih suka untuk menutup kebenaran berbanding me-nerimanya”.

Kehilangan Weddle telah dilaporkan oleh sebuah organisasi bukan kerajaan, Espacio Publico, di Caracas.

Menurut SNTP, Weddle telah ditahan di rumahnya di Caracas pada jam 8 pagi waktu tempatan dan peralatan kerjanya telah disita. Pembantuny­a, rakyat Venezuela Carlos Camacho, telah dibebaskan selepas 12 jam dalam tahanan di kediamanny­a. — AFP

 ??  ?? WEDDLE bercakap di Caracas, Venezuela pada Januari lepas dalam gambar diperolehi daripada media sosial WPLG Local 10 News. — Gambar Reuters
WEDDLE bercakap di Caracas, Venezuela pada Januari lepas dalam gambar diperolehi daripada media sosial WPLG Local 10 News. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia