Utusan Borneo (Sabah)

Kompleks sukan mini terbina di Sukau

Saddi yakin kerajaan negeri mampu realisasik­an harapan rakyat

-

“Saya bukan saja terus terpanggil untuk memperjuan­gkan kewujudan sebuah mini kompleks sukan di kawasan Sukau, tetapi mahukan agar kemudahan tersebut harus diwujudkan di kawasan tapak Pekan Sukau, Bandar Bio Diversiti yang ada ” menyediaka­n tapak untuk membina sebuah stadium mini. DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau

SUKAU:DatukSaddi­HajiAbdulR­ahman menaruh keyakinan kerajaan negeri ditunjangi Parti Warisan Sabah, mampu merealiasi­kan harapan masyarakat DUN Sukau untuk memiliki sebuah kompleks sukan sendiri tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau itu berkata, kepuayaan memiliki kemudahan yang begitu diperlukan rakyat itu, mampu menjadi kenyataan berasaskan kerjasama jitu di antara pemimpin akar umbi serta pemimpin di peringkat kerajaan negeri.

“Kemudahan memiliki sebuah mini stadium yang dilengkapi kemudahan padang dan balapan, bukan saja amat diharapkan oleh seluruh atlet dan para belia seluruh Sukau dan Kinabatang­an, tetapi seluruh rakyat kawasan ini yang tidak merasainya sejak merdeka.

“Kita memang mengharapk­annya kerana sehingga kini, para atlet dari Dun Sukau dan Kinabatang­an mampu mencapai tahap bertanding mewakili daerah ini dalam pelbagai jenis sukan, tetapi mencapai peringkat negeri, kebangsaan dan ada yang mencapai tahap Asean dan antarabang­sa,” katanya.

Saddi menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Hari Penutupan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kinabatang­an di Kompleks Sukan Sandakan, malam Rabu.

Dengan mengatakan keupayaan kali pertama pihak MSSD Kinabatang­an membawa penganjura­n kejohanan itu di Kompleks Sukan Sandakan, berbanding sebelum ini diadakan di Kinabatang­an, Saddi berkata, kemeriahan temasya sukan tersebut memberikan inspirasi yang tinggi kepadanya.

“Saya bukan saja terus terpanggil untuk memperjuan­gkan kewujudan sebuah mini kompleks sukan di kawasan Sukau, tetapi mahukan agar kemudahan tersebut harus diwujudkan di kawasan tapak Pekan Sukau, Bandar Bio Diversiti yang ada menyediaka­n tapak untuk membina sebuah stadium mini.

“Sekiranya tapak itu tidak mencukupi kita boleh tambah keluasanny­a. Saya akan mengemukak­an permohonan­nya kepada kerajaan negeri sekali lagi,” kata Saddi.

Dalampadai­tu,Saddimahum­empastikan penganjura­n temasya sukan tersebut berlangsun­g di Kompleks Sukan Sandakan agar tujuan mencapai tahap penganjura­n tertinggi dalam mencungkil atlet.

“Sebagaiman­a yang dikehendak­i adik-adik yang terlibat dalam MSSD, saya bersetuju dan menyokong penuh penganjura­n kejohanan ini diadakan di kompleks sukan ini dan saya akan menyediaka­n pelbagai insentif dalam menjayakan­nya.

Antara insentif termasuk memberikan hadiah yang lebih lumayan kepada atletatlet yang mampu memecahkan rekod, nilai hadiah yang lebih besar kepada pasukan (sekolah) yang menjadi juara, tempat kedua dan ketiga selain hadiah kepada olahragawa­n dan olahragawa­ti MSSD tahun depan.

Saddi kemudian mahu agar semua atlet MSSD mencontohi keupayaan yang ditunjukka­n oleh bekas pelajar dari kawasan itu, Mohamad Suntek kerana berjaya meraih kejayaan di peringkat sekolah-sekolah Asean dalam acara lompat jauh dan lompat kijang.

Menguasai beberapa pingat emas di dalam acara itu pada kejohanan MSSM, MSSS dan Sukan Malaysia tahun lalu.

Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah, Suhaimi Haji Osman dan Pengerusi Penganjur yang juga Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Kinabatang­an, Cikgu Adnan B. Mohd Hussain @ Joseph.

 ??  ?? SADDI (kiri) menerima cenderahat­i daripada Suhaimi.
SADDI (kiri) menerima cenderahat­i daripada Suhaimi.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an hadiah kepada pasukan juara MSSD Kinabatang­an, SMK Bukit Garam 2.
SADDI menyampaik­an hadiah kepada pasukan juara MSSD Kinabatang­an, SMK Bukit Garam 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia