Utusan Borneo (Sabah)

Nasib keluarga Sungkit Lubung terus mendapat perhatian

- SUNGKIT (empat kanan) menerima sumbangan Isnaraissa­h Munirah Majilis yang disampaika­n oleh Jamlan Dawai. ABDUL Sanny (dua kiri) mewakili Musbah menyampaik­an sumbangan kepada wakil keluarga mangsa Majikon Mangait.

KOTA BELUD: Kesukaran hidup yang perlu dilalui keluarga Sungkit Lubung yang menjadi mangsa kebakaran kediaman di Kampung Ulu Kukut di sini terus mendapat perhatian daripada pihak berkaitan.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri, Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissa­h Munirah Majilis turut menghulurk­an bantuan berbentuk keperluan harian kepada mangsa.

Sumbangan tersebut disampaika­n oleh wakil beliau iaitu Jamlan Dawai yang juga Pembantu Pegawai Perhubunga­n DUN Tempasuk, di perkaranga­n rumah yang musnah dijilat api.

Menurut Jamlan, sumbangan tersebut adalah bagimemban­tumeringan­kan beban yang dihadapi mangsa sekeluarga.

“Sumbangan yang diberikan adalah menjurus kepada keperluan asas mangsa kebakaran kerana keperluan harian lain mungkin akan ada disumbangk­an oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Pada hari berkenaan, mangsa turut dikunjungi rombongan Pemaju Masyarakat Mukim Timbang, Mark Simbi dan Ketua Daerah Tempasuk Datu Asal Hj. Arifin di mana beliau turut menyampaik­an sumbangan daripada pihak masing-masing.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk Datuk Haji Musbah Haji Jamli turut menyumbang­kan barangan keperluan dapur dan pakaian kepada keluarga Sungkit.

Sumbangan telah disampaika­n oleh wakil Cawangan Warisan Kg. Lugu Ulu Kukut Abdul Sanny yang diterima oleh wakil keluarga mangsa Majikon Mangait.

Pada malam 4 Mac lalu, sekitar jam 10.30 malam rumah kediaman Sungkit Lubung telah musnah dalam kebakaran yang mengakibat­kan beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

 ??  ?? KEJADIAN kebakaran yang berlaku pada 4 Mac sekitar jam 10.30 malam telah memusnahka­n kediaman Sungkit Lubung sekeluarga.
KEJADIAN kebakaran yang berlaku pada 4 Mac sekitar jam 10.30 malam telah memusnahka­n kediaman Sungkit Lubung sekeluarga.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia