Utusan Borneo (Sabah)

‘Mowgli Malaysia’ sihat, keluar wad petang Ahad

-

KUALA TERENGGANU: “Saya masih boleh bermain dengan kerbau macam biasa,” kata‘MowgliMala­ysia’susulan insiden terjatuh semasa berada di belakang haiwan itu pagi Sabtu.

‘Mowgli Malaysia’ atau nama sebenarnya Muhammad Syukur Khamis, 14, dibenarkan keluar wad petang Ahad dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

“Semuanya berlaku sekejap sangat, mungkin belakang kerbau tu licin sangat, jadi saya tergelinci­r dan jatuh. Lepas terjatuh memang ada rasa macam pening-pening tapi saya terus je bermain dengan empat kawan macam biasa.

“Bila dah petang sikit, baru rasa macam loya dan muntahmunt­ah, jadi ayah suruh saya pergi juga ke hospital untuk buat pemeriksaa­n. Terima kasih untuk semua yang mendoakan. Saya dah sihat,” katanya yang sangat ceria ketika menerima kunjungan Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Nor Azimi Yunus dan wakil media pagi Ahad.

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin yang turut digelar ‘Kampung Boy’ itu dikatakan terjatuh selepas beraksi dalam sesi fotografi bersama kira-kira 100 ekor kerbau peliharaan bapanya Khamis Jusoh.

Syukur berkata insiden itu tidak menjadikan­nya serik untuk terus bermain dengan kerbau malah kejadian pertama yang dialami itu memberiper­ingatankep­adanya supaya lebih berhati-hati.

Sementara itu, Dr Nor Azimi berkata pihaknya telah melakukan imbasan tomografi berkompute­r (CT Scan) terhadap Syukur kerana risau sekiranya berlaku sebarang gegaran di bahagian otak akibat insiden itu.

“Hasil imbasan itu mendapati semuanya berada dalam keadaan normal, tiada gegaran otak yang kita takuti apabila seseorang itu terjatuh, jadi dia dirawat sebagai pesakit biasa sahaja.

“Kita telah berikan ubat tahan sakit dan kita masih pantau dia di mana setakat pagi ini, kita dapati keadaannya bertambah baik. Insya-Allah dia boleh pulang petang ini dan secara amnya keadaan dia stabil,” katanya.

Remaja yang popular berikutan keakrabann­ya dengan kerbau peliharaan bapanya itu dimasukkan ke hospital pada 9 malam pada Sabtu.

 ??  ?? MOWGLI Malaysia Muhammad Syukur Khamis kelihatan ceria ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Ahad.
MOWGLI Malaysia Muhammad Syukur Khamis kelihatan ceria ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia