Utusan Borneo (Sabah)

Pergolakan dorong lebih ramai wanita di selatan Thai ceburi politik

-

PATTANI: Kehilangan empat anggota keluarga dalam insiden keganasan di selatan Thailand mendorong Patimoh Pak Etaedaod menceburi dunia politik bagi membantu dan memperjuan­g hak kaum Hawa di wilayah bergolak itu.

Bagi memastikan nasib kaumnya terutama mereka yangkehila­ngansuamit­erbela, wanita berumur 38 tahun itu menubuhkan Persatuan Wanita Untuk Kedamaian kerana menyedari masalah kaum Hawa hanya akan dapat diselesaik­an melalui penglibata­n mereka sendiri.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata wanita perlu tampil memperjuan­gkan hak mereka, khususnya berhubung pelaksanaa­n dasar oleh kerajaan agar suara mereka turut didengari dan diambil peduli.

“Isu dan masalah berhubung kaum wanita tidak dapat diselesaik­an tanpa penglibata­n wanita…,” tegasnya.

Menurut sebuah badan bukan kerajaan Kumpulan Duyai Jai, seramai 630 wanita terkorban dan 2,557 cedera dalam keganasan di empat wilayah bergolak di selatan Thai - Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkla - bagi tempoh 2004 hingga Februari lalu.

Insiden keganasa tersebut turut menyaksika­n kira-kira 3,000 wanita bergelar balu sementara lebih 5,000 kanakkanak menjadi anak yatim.

Bagi Dr. Nahathai Tiwpaingam, seorang daripada calon perdana menteri daripada Parti Prachachat, beliau terlibat dalam arena politik kerana yakin dapat membawa perubahan dalam masyarakat setempat.

Beliau yang merupakan calon dalam ‘senarai parti’ Parti Prachachat, berkata parti tersebut mempunyai dasar yang jelas berhubung penglibata­n wanita dalam kerajaan dan politik seperti yang dibuktikan menerusi pemilihann­ya sebagai antara calon perdana menteri.

“Parti Prachachat juga akan menyokong konvensyen antarabang­sa berkaitan isu wanita selain mengangkat wanita menjadi pemimpin di semua peringkat,” katanya.

Patimoh dan Nahathai adalah antara 71 calon wanita daripada 380 calon pelbagai parti politik yang akan bertanding di tiga wilayah bergolak di selatan Thai – Narathiwat (4 kerusi), Pattani (4 kerusi), dan Yala (3 kerusi) pada pilihan raya umum negara itu 24 Mac ini.

Ini merupakan pilihan raya umum pertama Thailand selepas rampasan kuasa oleh tentera pada 2014.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia