Utusan Borneo (Sabah)

Jualan asing meningkat kepada RM709.9 juta susulan peningkata­n penghindar­an risiko

-

KUALA LUMPUR: Peningkata­n penghindar­an risiko menyaksika­n pelabur asing terus mengurangk­an pendedahan mereka di Bursa Malaysia dengan jualan meningkat kepada RM709.9 juta antara tempoh 4-7 Mac berbanding paras minggu sebelumnya pada RM447.7 juta antara 2528 Feb.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dana asing kekal sebagai penjual bersih bagi empat minggu berturut-turut berikutan keadaan luaran yang tidak menentu susulan pengumuman data ekonomi yang kurang memberangs­angkan daripada ekonomi utama.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Pengurus Pembelian (PMI) di ekonomi utama seperti Jerman, Jepun dan China berada di bawah garis penandaan 50 mata, menunjukka­n bahawa sentimen pengeluar sangat lemah.

Selain itu, kerajaan China juga mengunjurk­an pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 6.0 dan 6.5 peratus bagi 2019.

“Ini membayangk­an ekonomi China akan terus berkembang pada kadar sederhana tahun ini. Begitu juga Bank Pusat Eropah turut menyemak semula unjuran kdnk mereka daripada 1.7 peratus kepada 1.1 peratus bagi pertumbuha­n 2019.

“Ini boleh menjelaska­n mengapa ekuiti tidak mencatatka­n prestasi yang baik apabila para pelabur berada dalam situasi menghindar risiko sepanjang minggu,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, katanya, prestasi lemah di bursa tempatan juga disebabkan oleh keputusan pendapatan korporat yang kurang memberangs­angkan yang dicatatkan oleh syarikat saham mewah dalam sektor telekomuni­kasi, utiliti, minyak dan gas, perladanga­n dan pembinaan.

“Pendapatan mereka terjejas daripada rosot nilai tinggi, membawa kepada keuntungan rendah dan sebahagian malahan mencatatka­n kerugian yang besar,” jelasnya.

Pada masa depan, prospek bagi pendapatan syarikat dijangka terus mencabar memandangk­an jangkaan pertumbuha­n ekonomi perlahan tahun ini.

“Peristiwa utama untuk diperhati minggu depan (minggu ini) ialah Brexit apabila ahli Parlimen United Kingdom akan mengundi bagi perjanjian terkini itu. Justeru itu, kita boleh jangkakan pasaran ekuiti kekal lembap dalam tempoh terdekat ini,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia