Utusan Borneo (Sabah)

Pemerhati pilihan raya terbunuh akibat peluru sesat

-

PORT HARCOURT: Seorang pemerhati pilihan raya tempatan telah terbunuh akibat tembakan peluru sesat kelmarin di tenggara Nigeria di wilayah Enugu, menurut pihak polis.

“Lelaki tersebut merupakan seorang pemerhati tempatan yang mengawasi pilihan raya gabenor dan dewan rakyat,” seorang anggota polis yang tidak mahu namanya dimaklumka­n, memberitah­u AFP.

“Beliau telah terkena tembakan peluru sesat yang dilakukan oleh seorang anggota polis bagi meleraikan sekumpulan penunjuk perasaan,” jelas beliau.

Anggota polis menyatakan penunjuk perasaan telah mendesak bagi penangguha­n pilihan raya gabenor kelmarin bagi memberikan lebih banyak masa untuk Ayogu Eze, calon bagi All Progressiv­es Congress (APC) untuk berkempen.

Eze yang berdepan dengan bantahan perundanga­n terhadap pencalonan­nya, dibenarkan untuk bertanding oleh mahkamah pada Khamis lepas.

Para penyokong Eze menegaskan pilihan raya seharusnya ditangguhk­an supaya beliau mempunyai masa yang mencukupi untuk mendapatka­n undian.

Pihak media tempatan turut mengesahka­n tentang pembunuhan itu.

Sekurang-kurangnya 10 orang telah dilaporkan terkorban dalam keganasan berkaitan dengan pilihan raya di sekitar Nigeria ketika pilihan raya kelmarin.

Pada dua minggu lepas, 53 telah terkorban semasa pilihan raya dewan negara dan presiden.

Presiden Muhammadu Buhari telah memenangi satu penggal kedua selepas menewaskan pencabar utamanya Atiku Abubakar, dari pihak pembangkan­g Peoples Democratic Party dengan undian sebanyak hampir empat juta.

Abubakar telah menolak keputusan itu, menyatakan sebagai penipuan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia