Utusan Borneo (Sabah)

SMKA Kota Kinabalu johan program CIP-KPS

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu muncul juara program ala ‘explorace’, Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS) Peringkat Zon Kota Kinabalu 2019 yang telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.

Naib johan dimenangi oleh SMK St Peter Telipok dan tempat ketiga SM Lok Yuk Kota Kinabalu.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) Sabah Georgie Abas berkata, sebanyak 16 sekolah dengan sejumlah 64 pelajar telah menyertai program itu.

“Ia adalah edisi ke-9 sejak diadakan pada tahun 2011. Program ini telah diadakan serentak di lapan zon di Sabah yang lain dan johan dari setiap zon akan bertanding di peringkat negeri Sabah pada 12 sehingga 14 April depan.

“Antara objektif penganjura­n program CIP-KPS ini adalah untuk mendidik, menyebar luas dan meningkatk­an kesedaran kepengguna­an dalam kalangan pelajar.

“Mengembang­kan daya kreativiti, inovasi potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepengguna­an,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, ia juga bertujuan membentuk generasi pengguna yang bermakluma­t, bijak dan bertanggun­gjawab kepada masyarakat dan negara, selain mengukuhka­n jaringan kerjasama antara kelab pengguna di seluruh negara.

Menurutnya, para pelajar telah diuji minda dan fizikal dalam lima modul cabaran iaitu pengguna bijak, alam sekitar, pemakanan sihat, kewangan berhemat dan ‘team-building’.

Majlis perasmian dan penutupan program itu telah disempurna­kan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Haji Sheikh Junaidi Sheikh Mohammad yang mewakili Rektor UiTM Cawangan Sabah Datuk Dr Abdul Kadir Rosline.

 ??  ?? GEORGIE (berdiri, tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama johan pertanding­an.
GEORGIE (berdiri, tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama johan pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia