Utusan Borneo (Sabah)

Pembancuh air cedera dilibas gara-gara ingin melihat pergaduhan lebih dekat

-

KUCHING: Perasaan ingin tahu seorang lelaki mengundang padah apabila terkena libasan senjata tajam ketika mendekati sekumpulan lelaki yang bergaduh di pusat komersil Tabuan Tranquilit­y, Jalan Canna di sini, pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Ismail Mahmood berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi dan ketika itu mangsa berusia 19 tahun sedang bekerja di sebuah kafe.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai pembancuh air terdahulu melihat kirakira lebih 10 individu sedang bergaduh tidak jauh dari tempat kerjanya, malah pergi untuk melihat dengan lebih dekat.

“Bagaimanap­un semasa mendekati pergaduhan tersebut, mangsa tiba-tiba terkena libasan senjata tajam pada paha kanannya.

“Mangsa tidak mengetahui punca kejadian dan tidak dapat mengecam muka suspek disebabkan keadaan gelap dan huru-hara ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Difahamkan mangsa bersama tiga lagi individu telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan, di mana dua daripadany­a kini masih dirawat di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

“Dari maklumat dan siasatan awal, terdapat empat mangsa lain yang terlibat dalam pergaduhan ini dan punca pergaduhan masih tidak diketahui.

“Setakat ini (semalam), tiada laporan polis dibuat berkenaan pergaduhan yang berlaku oleh individu yang terbabit,” jelas Ismail.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia