Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan perlembaga­an permulaan baik tuntut kembali hak Sarawak

-

MIRI: Usul berkaitan pindaan kepada Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n untuk mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam Malaysia disifatkan permulaan baik untuk menuntut hak Sarawak.

Pengerusi Parti Sarawak Bersatu (PSB) Pujut Bruce Chai berkata, ia akan menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai dua wilayah setara dengan Semenanjun­g Malaysia.

“Sehubungan itu, usaha kita untuk menuntut hak Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan menjadi lebih mudah dan kukuh,” katanya.

Bruce berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng) Datuk Liew Vui Keong bahawa kabinet persekutua­n bersetuju untuk membentang­kan usul berkaitan pindaan kepada Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Bruce berkata, usul berkaitan pindaan itu adalah satu langkah besar untuk memastikan Sabah dan Sarawak mendapat hak seperti termaktub dalam MA63.

“Kita berharap MA63 dihormati dan hak-hak yang terdapat dalam MA63 itu dikembalik­an kepada Sarawak bukan hanya pindaan Perkara 1 (2) sahaja tetapi juga perkara lain,” tegasnya.

Bruce berkata, perincian berkenaan usul berkaitan pindaan kepada Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n juga hendaklah dibentangk­an lebih teliti.

“Setakat ini, kita belum tahu perincian teliti (usul) pindaan perlembaga­an berkenaan, namun kita berharap ia memberi manfaat sepenuhnya kepada Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berharap kerajaan persekutua­n memastikan segala hak-hak Sabah dan Sarawak dikembalik­an seperti perjanjian asal.

“Sarawak kini bebas dan tidak lagi terikat dengan kerajaan persekutua­n seperti sebelum ini, sehubungan itu amat wajar (usul) pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n diperhalus­i,” katanya.

Menurutnya, banyak hakhak Sarawak dalam MA63 selama ini dipinggirk­an, bahkan menampakka­n jurang pembanguna­n antara Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Sebagai wilayah yang bekerjasam­a membentuk Malaysia, maka Sarawak seharusnya mendapat hak sama rata khasnya dalam pembanguna­n sosioekono­mi,” tegasnya.

Dennis berkata, kerajaan negeri bertegas dalam soal menuntut hak Sarawak menurut MA63 dan sudah pasti, majoriti wakil rakyat menyokong usaha ini.

“Mahu atau tidak, kerajaan persekutua­n tiada pilihan melainkan bersetuju dengan tuntutan Sarawak demi kelangsung­an pembanguna­n negeri,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia