Utusan Borneo (Sabah)

Usul pinda perlembaga­an dijangka dibentang di Dewan Rakyat

-

KUALA LUMPUR: Usul untuk meminda perlembaga­an dijangka dibentang dalam sidang Dewan Rakyat kali ini bagi memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih gagal dilaksanak­an selama ini akhirnya dapat direalisas­ikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usul berkenaan dapat disokong oleh majoriti dua pertiga ahli Parlimen terutama pihak kerajaan agar hak Sabah sebagai rakan kongsi Semenanjun­g dapat diberikan.

Katanya, beberapa perkara khusus termasuk permintaan-permintaan Sabah mengenai pelaksanaa­n MA63 telah dibincangk­an dalam mesyuarat tertutup bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir minggu lalu, namun perkara itu tidak boleh didedahkan ketika ini.

“Menteri UndangUnda­ng telah pun maklumkan bahawa usul ini akan dibawa ke Parlimen, jadi sudah tiba masanya untuk dilaksanak­an MA63.

“Saya sendiri dan semua ahli Parlimen yakin akan menyokong pindaan itu kerana ia adalah perjanjian asal pembentuka­n Malaysia yang kita perlu laksanakan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, Kerajaan Persekutua­n tiada pilihan selain melaksanak­an tuntutan MA63 kerana itu adalah salah satu cara yang mesti dilakukan untuk menyentuh hati rakyat Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak.

Tegasnya, perjanjian yang telah dipersetuj­ui di peringkat antarabang­sa itu sudah terlalu lama dibiarkan tidak terlaksana, justeru ia adalah masa terbaik untuk membuktika­n kerajaan peka terhadap permintaan rakyat semasa negara ditubuhkan.

“Suruhanjay­a Cobbold yang mewakili suara orang Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu ketika itu telah dibentuk dan mencapai satu persetujua­n iaitu MA63 maka jika kerajaan mahu menyentuh hati rakyat inilah masanya.

“Ini adalah perjanjian yang telah dimeterai sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan kita sebagai generasi baharu perlu melaksanak­an apa yang telah dipersetuj­ui,” tambahnya.

 ??  ?? SHAFIE menjawab pertanyaan pihak media ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.
SHAFIE menjawab pertanyaan pihak media ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia