Utusan Borneo (Sabah)

Maher Zain pukau penonton pada konsert jelajah Malaysia 2019

-

GESEKAN biola dan irama lagu yang mendayu menjadikan 16,000 penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, sayu dan sebak seketika apabila penyanyi R&B antarabang­sa Maher Zain mendendang­kan lagu ‘Palestine Will Be Free’.

Malah penyanyi berketurun­an Lubnan itu turut tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika menyanyika­n lagu tersebut yang merupakan sebahagian daripada lagu pembukaan hari pertama konsert Jelajah Malaysia 2019, malam Sabtu lepas.

Penonton dari dalam dan luar negara berhimpun di stadium itu bagi menyaksika­n konsert yang julung kali diadakan selepas konsert terakhirny­a pada tahun 2016 sempena kelahiran album ‘One’. Sebanyak 21 buah lagu didendangk­an pada malam konsert pertama yang berlangsun­g selama lebih dua jam, menyentuh hati ribuan peminat yang berada dalam stadium tersebut. Antaranya lagu ‘InsyaAllah’, ‘Medina’, ‘Number 1’, ‘Barakallah’ dan ‘Wonderful World’. Konsert tersebut dimulakan dengan gimik pembukaan apabila Maher memasuki ruang stadium melalui kalangan penonton, diiringi percikan bunga api dan seterusnya nyanyian lagu pembukaan bertajuk ‘Raditu’. Maher mencuri tumpuan ribuan penonton pada malam itu apabila membawa mereka menelusuri perjalanan dan pengalaman hidup --- yang dikongsi oleh Bana Al-Abed, seorang kanak-kanak perempuan, berusia 9 tahun sebagai pelarian di negara bergolak Syria, di atas pentas yang sama.

Hadir sama bagi memeriahka­n konsert tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Selepas ini, Maher akan menjelajah tiga buah negeri bagi menjayakan konsert jelajahnya iaitu di Pasir Gudang, Johor pada 15 Mac, Stadium Spice Pulau Pinang 16 Mac dan Universiti Malaysia Sabah pada 17 Mac.

Konsert jelajah tersebut dijayakan oleh My Events Internatio­nal dan New Catalysts Resources (NCR) selaku penaja rasmi bersama dan Bernama dilantik sebagai antara media rasmi. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bergambar bersama kanak-kanak pelarian Syria, Bana Al-Abed (tengah) pada Maher Zain Malaysia Tour 2019 di Axiata Arena. Turut bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norrainee Abdul Rahman.
— Gambar Bernama TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bergambar bersama kanak-kanak pelarian Syria, Bana Al-Abed (tengah) pada Maher Zain Malaysia Tour 2019 di Axiata Arena. Turut bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norrainee Abdul Rahman.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MAHER Zain ketika membuat persembaha­n pada Maher Zain Malaysia Tour 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini. — Gambar Bernama
MAHER Zain ketika membuat persembaha­n pada Maher Zain Malaysia Tour 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia