Utusan Borneo (Sabah)

Ethiophian Airlines terhempas di Addis Ababa, 157 terbunuh

Terhempas dekat Addis Ababa pada Ahad, menyebabka­n kehilangan 157 nyawa

-

ADDIS ABABA: Pesawat Ethiopian Airlines bagi penerbanga­n ET 302 yang terhempas berhampira­n Addis Ababa pada Ahad serta membunuh kesemua 149 penumpang dan lapan anak kapal, membawa penumpang dari sekurangku­rangnya 35 negara.

Menteri Pengangkut­an Kenya James Macharia, yang mengesahka­n perkara itu dalam satu sidang akhbar di Addis Ababa pada Ahad, berkata terdapat 32 penumpang rakyat Kenya, 18 rakyat Kanada, enam dari China dan lima dari Belanda.

Penumpang lain terdiri daripada enam rakyat Mesir, sembilan dari Ethiopia, tujuh masing-masing dari Perancis dan United Kingdom, empat dari India, lapan dari Itali, empat dari Slovakia dan lapan dari Amerika Syarikat.

Bagaimanap­un, kewarganeg­araan dua lagi penumpang tidak dapat dipastikan.

Pesawat penumpang itu, yang terhempas beberapa minit sejurus berlepas, dalam perjalanan ke Nairobi dari Addis Ababa.

Dilaporkan juga bahawa beberapa penumpang dalam perjalanan untuk menghadiri satu persidanga­n Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nairobi.

Sementara itu, menjawab soalan Perkhidmat­an Berita Antarabang­sa Bernama, Pegawai Komunikasi Alam Sekitar PBB, Shari Nijman, berkata pihaknya amat du- kacita de-ngan berita mengenai nahas yang menimpa Ethiopian Airlines.

“Kami sedang mengikuti perkembang­annya dengan teliti,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarka­n agensi Alam Sekitar PBB itu pada Ahad.

Shari Nijman juga berkata agensi itu sedang berhubung dengan pegawai terbabit bagi mengenal pasti wakil PBB yang mungkin berada dalam pesawat tersebut. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis Ethiopia dilihat berkumpul di sebelah serpihan pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas pada Ahad, dekat bandar Bishoftu, tenggara Addis Ababa, Ethiopia pada Isnin. — Gambar Reuters
ANGGOTA polis Ethiopia dilihat berkumpul di sebelah serpihan pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas pada Ahad, dekat bandar Bishoftu, tenggara Addis Ababa, Ethiopia pada Isnin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia