Utusan Borneo (Sabah)

DIREMPUH PEMANDU MABUK

Seorang maut manakala dua lagi parah dan kritikal

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA BELUD: Seorang pelajar sekolah rendah maut manakala dua lagi cedera parah akibat dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki yang dipercayai mabuk.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian terbabit berlaku ketika ketiga-tiga mangsa menunggu kenderaan untuk ke sekolah di Jalan Kampung Tempasuk 2 di sini pada Isnin.

Menurutnya, kanakkanak perempuan yang maut berumur 10 tahun dikenali sebagai Max Christty yang juga pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (SK) Tempasuk 2 di sini.

Katanya, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kemalangan kira-kira jam 6.40 pagi itu.

“Dua lagi mangsa yang parah dan kritikal dikenali sebagai Michelle Marianne David, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan 1 Kota Belud dan Maxryona Masdi, 6, murid SK Tempasuk 2.

“Sebelum kejadian, suspek lelaki yang berumur 54 tahun itu dalam perjalanan menuju ke rumahnya di kampung berkenaan.

“Suspek disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh ketiga-tiga mangsa yang menunggu kenderaan ke sekolah di sebelah kanan bahu jalan,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahka­n kejadian di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kenderaan suspek kemudianny­a terbabas dan merempuh tepi bahagian konkrit sebuah rumah milik penduduk kampung.

Mohd Zaidi berkata, pemandu terbabit hanya mengalami kecederaan ringan luka di bahagian dahi manakala dua lagi mangsa yang cedera parah kini dalam keadaan kritikal.

“Mangsa yang cedera dihantar oleh orang awam ke Hospital Kota Belud sebelum masing-masing dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada suspek yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar pelajar sekolah hingga menyebabka­n kematian dan kecederaan parah.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1952,” jelasnya.

 ??  ?? KERETA suspek turut merempuh dinding rumah penduduk selepas terbabas dalam kejadian itu.
KERETA suspek turut merempuh dinding rumah penduduk selepas terbabas dalam kejadian itu.
 ??  ?? MANGSA yang cedera parah akibat dirempuh kereta pemandu mabuk.
MANGSA yang cedera parah akibat dirempuh kereta pemandu mabuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia