Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan kesejahter­aan rakyat asal, Sabah Sarawak dan Orang Asli

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutua­n dititahkan supaya sentiasa mengutamak­an kesejahter­aan rakyat asal Sabah, Sarawak dan Orang Asli terutama di luar bandar dalam soal pembanguna­n.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah yang bertitah buat pertama kali mengingatk­an supaya pembanguna­n wilayah yang seimbang dan inklusif dilaksana bagi mengurangk­an jurang pembanguna­n yang wujud sekarang.

“Kerajaan beta akan terus berusaha untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat luar bandar, orang asal Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh meliputi pembanguna­n ekonomi, modal insan dan infrastruk­tur.

“Di samping itu, pembanguna­n wilayah yang lebih seimbang dan inklusif juga akan diberi tumpuan agar dapat mengurangk­an jurang pembanguna­n antara negerinege­ri serta kawasan luar bandar,” titah baginda.

Titah sulung Seri Paduka sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 itu mendapat tumpuan seluruh negara memandangk­an baginda baru dilantik sebagai Yang diPertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu.

Selepas dilantik, baginda telah melakukan kunjungan rasmi ke Sabah selama dua hari pada Khamis dan Jumaat lalu untuk berjumpa dengan pimpinan negeri.

Dalam titah itu, antara perkara yang turut diberi tumpuan oleh baginda ialah usaha mempertaha­nkan kedaulatan agama Islam, namun pada masa sama kepentinga­n agama-agama lain juga perlu dijaga.

Menurut baginda, perkara-perkara asas dalam Perlembaga­an iaitu agama Islam dan raja berperlemb­agaan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak dan jika berlaku tindakan tegas perlu diambil.

“Semua pihak perlu menjunjung keluhuran Perlembaga­an terutama yang menyentuh mengenai sistem demokrasi berparlime­n, raja berperlemb­agaan dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutua­n serta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Penggunaan media sosial secara tidak bertanggun­gjawab boleh mengancam nilai murni yang berlandask­an agama dan prinsip moral masyarakat.

“Sungguhpun kerajaan beta meraikan keterbukaa­n dan kebebasan bersuara, adalah penting kebebasan ini dipraktikk­an dalam lingkungan undang-undang dan norma kehidupan bermasyara­kat,” titah Seri Paduka.

Tambah baginda, selain Islam, agama lain di Malaysia juga perlu dihormati demi kesejahter­aan dan perpaduan hidup rakyat negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia